Lintasan Akal

Aku tertarik dengan kata-kata kawan aku..

"kadang-kadang manusia boleh menjadi terlalu mendesak untuk mengharapkan orang lain berubah sebab dia tak paham.. dia sendiri tak pernah mengalami ZAMAN JAHILIAH tu.. jadi dia tak pernah merasa betapa perit dan susahnya untuk berkorban dan berubah.."

Sebab tu, dalam konsep dakwah itu berseni dan berhikmah.. dakwah adalah suatu bentuk keperluan untuk masyarakat sekarang tapi bukan dalam bentuk RIGID. Sehinggakan masyarakat sendiri takut dengar word 'dakwah' tu dan terus menjauhkan diri...

Kita tak nak bila seseorang itu kononnya dah 'basah'.. tapi bila dia tertekan dia balik semula ke zaman kegelapannya.. Nauzubillah min zalik.

Maka, dengan itu timbulnya isu bertudung.. orang yang 'faham' dan 'buat-buat faham' selalu meletakkan kesalahan dan mempertikaikan mengenai fesyen atau gaya bertudung yang tidak mengikut syariat. Sedangkan, kita seharusnya bersyukur sebab sekurang-kurangnya dia ada kefahaman tentang keperluan bertudung daripada tak paham apa-apa.

Apa yang merumitkan keadaan bila golongan ini ditekan dan terus ditekan.. lebih kesian orang yang ditekan baru sahaja memulakan penghijrahan.

Kita tak mahu orang yang belum lagi bertudung terus mematikan niat untuk berubah sebab mereka nampak Islam ini sebagai satu yang memberatkan. Baru nak belajar pakai tudung tapi dah disuruh beli tudung labuh menutup dada..jangan jarang! jangan singkat! jangan lilit2! jangan pin cmni..cmtu..

Bagi aku, anologi untuk menghidupkan kembali jalan Islam ni ibarat kisah arnab dan kura-kura. Masing-masing perlu sampai ke 'garisan penamat'. Apa yang membezakan ialah penggerak itu sendiri lambat atau cepat. Tapi yang lebih penting dua-dua tetap INGIN meneruskan perlawanan dan akhirnya sampai. Sweetkan Islam?  Tak membebankan.. cuma kadang-kadang yang memberatkan ialah manusia.

Memang tiada istilah ber'TANGGUH' dalam Islam.. tapi dalam Islam tiada istilah 'BERLARI' once kita dah insaf... =) Malah dalam proses kita boleh berlari itu sendiri kita kena tahu merangkak, bertatih dan berjalan kan..

Kita nak orang yang kita nasihat (dakwah) ikut cakap (firman) Allah..bukan ikut kita. Sekurang-kurangnya bila kita terjatuh dia ada untuk paut tangan kita..bukan turut serta terjatuh..

p/s: peranan kita sekarang adalah menyokong usaha murni sahabat-sahabat dan adik-adik kita..bukan mengkondem dan memaksa!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kerana Dirimu Begitu Berharga

Saat keputusan dihulurkan..

"Alhamdulillah hebat result anak ibu"

"Ni tak ada yang fail kan? Ayah cuma tidak mahu ada yang fail"

"Tak ada fail, tapi tengok tu, result Histology paling teruk! Kalau keluar ranking form ni, mesti saya tak dapat top ten. Result memang ok tapi tak cukup baguslah ayah.."

Keluhan daripada hamba yang tak reti bersyukur..

"Bila pula ayah suruh awak jadi yang terbaik dalam kelas? Ayah cuma nak awak jadi sebaik mungkin, setakat mana yang awak mampu. Tak perlu risau tentang orang lain."

err..

Setiap kali  keputusan peperiksaan dikeluarkan, memang situasi macam ni akan berlaku.. aku berani jamin.

Pelajar yang biasa tersenarai dalam top ranking akan sentiasa inginkan terus berada di atas..

dan pelajar yang kurang cemerlang gerun untuk menghadapi kegagalan.

Masing-masing berdoa memohan yang terbaik daripada-Nya.. Ibadat yang jarang dibuat pon akan dikerjakan saat musim peperiksaan. Amalan yang digalakkan baru sibuk nak buat, yang ditegah baru nak ditinggalkan..



Aku nak tunjuk yang pakwe dalam ni hensem.


Tapi bila saat keluar keputusan, berapa ramai yang bersyukur..?

Pelajar yang tak mencapai target mungkin sekadar redha.. yang mendapat keputusan luar jangkaan pula baru belajar nak sujud syukur.

Lebih teruk jikalau mereka fikir kejayaan diperoleh itu sebenarnya atas usaha sendiri..

Sebenarnya, semua berbalik kepada niat asal atas tuntutan menuntut ilmu itu sendiri. Jika kebergantungan diletakkan pada Allah, boleh jadi orang yang gagal itu sendiri yang bersyukur. Mungkin atas dugaan itu, memuhasabahkan dirinya untuk yakin dengan ketentuan Ilahi.

Kadang-kadang, tak perlulah kita gembira bila kita berjaya mengatasi orang lain, tapi seharusnya kita gembira bila berjaya mengatasi potensi diri sendiri dan berjaya memberikan usaha yang sehabis baik..

Alhamdulillah.. dan terima kasih kepada sesiapa yang doakan saya haritu !! ^^,

p/s: mungkin sistem pendidikan Malaysia yang berorientasikan peperiksaan (rangking) telah mendidik pelajar untuk terus bersaing mendapatkan tempat.. dalam masa yang sama ustaz ustazah lupa nak ajar muridnya erti nikmat dan syukur.


Sekolah Berasrama Penuh
Maktab Rendah Sains Mara
Sekolah Kluster
Sekolah Berprestasi Tinggi

benda apa tu??

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Aku Lambat

Buat pertama kali aku lambat tahu yang uni aku ada artis.

Orang lain yang kata dia artis, aku tak kata.

Aku tak berani nak habaq apa yang aku dengar pasal dia sebab aku kalo boleh nak face-to-face tanya dia sendiri. Boleh? hehe.

Cukup la kalo aku taw yang dia ni  ex-bf ASIS ngn dak PASUM..



Kalo uni negara lain boleh bangga dengan anwar hadi dan mat lutfi, at least aku boleh la bangga mesir ada dye ni haa.. =)

p/s: kalo bertembung dengan dia ni apa aku nak buat? haha (melawak ja ok!). Sekurang-kurangnya lepas aku dapat taw pasal dia xde la jadi stalker hebat macam kawan aku tuuu..haha. Sampi search and crop pic simpan dalam desktop bagai..




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Aku

sekarang
aku berjanji pada diri sendiri
untuk kembali berblogging

tak perlu takut pada tanggapan orang
aku adalah aku
yang org lain kena terima

nak tunggu baik baru nak buat entry baru
parah la!

jam menunjukan pukul 12.55 malam
waktu mesir
aku yang masih berlagak gagah menaip
sedangkan
dah cirit-birit dan nak muntah sebab perut berangin

empat jam perjalanan dari cairo
benci pak cik driver tu tak buka aircond
tapi
alhamdulillah sebab aku masih boleh bernafas
tu pon dah cukup bagus

aku rasa
kalo aku tak berada di sini..
ucapan alhamdulillah pon aku tak nak sebut
apatah lagi faham dengan kuasa kalimah itu.

sekian.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Dosa Yang Meresahkan

Macam tak percaya plak tetiba rindu kat blog sendiri
Bukan malas nak update
Tapi rumah xde internet
Mengharapkan rumah kawan

Sebenarnya hari ni dah masuk hari kedua kuliah untuk sem 3
Huhu sekejap je rasa
Rasa macam baru je lepas balik Tanta uruskan orientasi adik-adik junior
Walaupun penat tapi ukhuwah yang dibina tak akan ternilai harganya

Haritu, lepak rumah kawan ada terbaca buku beliau
Buku tersebut menceritakan mengenai "Dosa Yang Meresahkan"
Sangat berminat untuk dikongsikan bersama kalian semua
Sorry la. Rasa sangat skema sekarang
Perubahan hormone mungkin.

"Dan sesiapa yang berpaling daripada peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit".
(Surah Taha 20:124)

Ketika seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w "Apakah itu dosa?". Rasulullah menjawab bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan hatimu..

Kenapa hati berasa resah?

Ini kerana fitrah manusia tetap menyukai kebaikan dan membenci kejahatan. Oleh sebab itu, apabila seseorang melakukan kejahatan, dia sebenarnya bukan sahaja menentang Allah tetapi juga MENENTANG FITRAHNYA SENDIRI.

Dari segi perubatan pula, hati yang tidak tenang akan menyebabkan degupan jantung dan tekanan darah menjadi tak menentu. Dan akhirnya, kesan pengaliran darah dan sistem penghadam terjejas.

Ahli falsafah terkenal Plato berkata "Kesalahan ahli perubatan ialah cuba mengubat tubuh badan tanpa mengubat fikiran. Sedangkan fikiran dan jasad adalah satu dan tidak harus dirawat berasingan"

Ummphh..

Puncanya ialah disebabkan CINTA DUNIA. Jika ditanya kepada orang lelaki, puncanya dua, iaitu WANITA dan WANG. Jika ditanya kepada wanita pula, puncanya ialah kerana terlalu berusaha menjaga hubungan dengan pasangan, terlalu mengambil serius terhadap persepsi orang lain, dan bekerja kuat untuk mendapat pengiktirafan majikan.

Mungkin sebab ini juga perempuan selalu dikaitan dengan stress dan suka emo kot kan? Sebab terlalu fikirkan apa orang lain akan kata huhu.

Akibat cinta dunia yang keterlaluan, orang sering takut kehilangannnya dan bermati-matian memburunya.

Dunia yang sepatutnya hanya diletakkan di tangan, telah diletakkan di hati. Sedangkan hati manusia yang satu tidak akan mampu menampung dua cinta. Jika cinta dunia telah menguasainya, cinta Allah akan terpinggir.

Hal ni boleh diibaratkan seperti orang yang meminum air laut, semakin diminum semakin haus. Tak akan puas dan bersyukur dengan apa yang ada. Yang tidak mendapat akan mudah berputus asa dan menderita. Yang sudah mendapat apa yang dikehendakinya tidak akan pernah puas dengan apa yang ada dan turut menderita.

Oleh sebab itu juga, ramai selebriti Barat yang kaya dan ternama hidup merana dengan rasa kekosongan, kemuraman dan kesunyian yang mencengkam jiwa. Sehinggakan tercata boredom (kebosanan) sebagai pembunuh no.1 di A.S.

p/s: Membe aku pernah cakap, kalo nak taw apa yang kita buat tu betul atau salah tengok hati kita. Kalo rasa x sedap hati dan rasa bersalah je memanjang, maknanya apa yang kita buat tu salah la. Senangkan kan =)


                                                                                                         -Pahrol Mohamad Juoi-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Jahat kan aku

Jahat kan aku
Bila sedih baru nak cari blog
Ermmmm

Sapa tak sedih
Bukan senang nak jumpa seorang kawan
Dan kawan tu nanti akan meninggalkan kita

MESTI LA SEDIH!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Ini Kisah Membe-membe

Di malam yang hening ini sekali lagi tangan gatal nak menaip. Tengok ni. Laju je haa. Kalo dah  malas tu jangan harap nak buat new entry, tengok dashboard pon x sudi. Huh!

Daripada aku mengarut layan anak sedara aku, baik aku hidupkan kembali blog aku yang dah nyawa-nyawa ikan ni. Ada ke patut dye yang tingkatan satu dah pandai bercintan-cintun terang tang tang kat fesbuk. Aku malas nak cite time aku form 1 cmne kan. Kang ade je followers aku tu yang tak puas hati haha.

Tahun ni masih diberi kesempatan beraya di Malaysia. Takde maknanya, salam-salam perantauan ni semua. Silap-silap enam tahun mesti ada je muka aku kat kampung tu nanti hehe. Membe-membe ingat kata aku raya sakan. Tak ok! Aku beraya di hari raya pertama dan kedua je. Raya ketiga aku pegi melencong ke Batam, Indonesia.







Takde la menarik sangat Batam. Barang-barang shopping pon murah lagi Bandung. Kalo dah nama pompuan, first kali mesti cite pasal shopping kan mak enon kan. Yang menariknya, kali ni pertama kali aku pegi Indonesia naik ferry. Pengalaman yang berharga jugak la. Sebab kalo pegi Langkawi pon aku tak boleh lepak naik atas ferry sambil menikmati selendang ditiup angin sepoi-sepoi bahasa kan. Istimewanya Batam sebab negaranya mempunyai jambatan yang menghubungkan enam pulau yang berbeza-beza. Bila gabung semua pulau jadi la BATAM! (buat nada macam iklan cococrunch)

Then,balik umah aku jalani hidup seperti biasa. Time ni la nak cari geng-geng skola kan. Before balik kampung haritu buka puasa dengan aqidah, mia, dan khalida. Bab makan-makan aku sumpah malas nak cite. Tengok ni guling-guling atas katil malas nak cite hehe. Tengok je gambo nanti taw la betapa heavennya. Yihaa!




Ikutkan satu kepala rm22. Tapi tolak tambah cukai semua ada la dalam rm30 gak sorg..


Malamnya, sebelum balik umah mia, kami pegi lepak downtown kat Bangi tu haa. Beli la ala kadar. Takat beg silang sebijik, selendang sebijik dengan rantai hantu burung tu. Aku nak merasa gak kan. Tengok bukan main laku orang jual rantai tu kat blog.


tolong promote la kan.

Bila pompuan dah berjumpa dapat agak la apa yang berlaku malamnya kan. Bergossip sampai pukul 4 pagi. Alaa, aku rasa laki pon kalo jumpa membe-membe skola lama paling-paling pon gossip pasal geng batch dorang yang hot kat skola dulu kan. Cuma pompuan ni bila gossip extreme sikit KOT. Tak boleh la nak cite extreme cmne kan. Yang pasti, memang malam tu aku ada tiga internet bergerak. Duduk mesir pon tarak hal sebab balik Malaysia anda tidak akan ketinggalan pape ok! Haha. Last-last tiga orang budak tu tumbang. Aku gak yang kene jaga sampai subuh. Siot.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Perempuan perlu berani bawak kereta

Lama sangat dah tak mengarut dalam blog ni. Bukan tak sudi, bukan tak ingin, cuma nak mencari mood. Sebelum ni memang sibuk dengan final exam. Sekarang dah sampai Malaysia baru rasa free sikit. Bahagia je rasanya. Entah apa yang aku resahkan di Mesir aku pon tak tahu. Yang pasti, berada disamping keluarga memang masyukkk la. Hati pon rasa dekat je dengan orang yang tersayang, contohnya kawan-kawan. Ha ha.

Bukan ni sebenarnya aku nak cakap. Apa yang aku nak ketengahkan pada petang yang indah ini ialah betapa pentingnya BELAJAR MEMANDU. Sejujurnya, lepas abis SPM memang target aku nak dapat lesen memandu je. Kalah feel cuak-cuak tunggu result SPM. Sebab dari kecik memang aku suka berangan macam wanita korporat yang pakai blazer, then drive dengan macho dan bergayanya. Kalo boleh speed laju-laju sambil kenyit-kenyit mata memotong kete mamat-mamat melayu yang lain. Jangan tanya kenapa aku terpikirkan mamat melayu je, bukan cina or india haha. Perghhh cool kot. Tengok, time menaip sekarang ni pon aku tengah berangan lagi. Ishh..bahaya.

 Aku gitaw siap-siap. Ni kete aku pada masa akn datang. Cuba gantikan perempuan tu dengan muka aku. Fuhhh..!


Dulu, sikit pon aku tak nak fikir tentang keperluan belajar memandu. Dalam otak aku, sebab dah keje nanti aku nak drive kete sendiri sebab laki aku pon sibuk dengan keje dye ha ha. Tapi kenyataan ni berubah dua malam yang lalu. Tetiba abah kene gout. Memang kalau kene serangan gout ni sakitnya tak terkata la. Dengan kaki yang membengkak kita akan rasa seksanya nak melangkah, apatah lagi nak menari kan. 

Lepas berbuka tu abah aku mintak aku teman dye pegi klinik. Aku pon relax je la. Tapi bila pikir-pikir balik siapa nak bawak kete..ok, aku start cuak sikit-sikit. Dalam kadar 0.7 % kecuakan huhu. Bukan apa, lebih kurang lapan bulan aku tak pegang kete, aleh-aleh dah kene drive. Tapi nak tak nak aku kene buat jugak. Dulu abang aku duduk umah ni boleh mintak tolong dye. Sekarang abang-abang aku dah kawin, abah aku cuma boleh berharap pada dua orang anak perempuan dye je la. 

Tengok pada keadaan abah aku time gout tu memang kesian. Nak angkat kaki pon susah. Mengheret-heret jugak la kakinya. Cuma abah aku berat je, kalo ringan aku dah lama dukung macam Nora Elena haha. Tapi muka still kene cool bebeh. Lu nak jadi doktor mana boleh muka kesian-kesian ni. Akhirnya, abah aku kene cucuk kat punggung dan kami pulang dengan selamat.

Paham tak apa yang aku nak sampaikan sebenarnya. Kes abah aku boleh dikategorikan sebagai hal kecik. Macam mana kalo dalam hal kecemasan seperti ibu yang dah nak terberanak ataupun kecederaan serius yang lain. Kadang-kadang kemalangan di rumah ni datang tanpa diundang dan kalo kita tak mampu nak menolong, betapa ruginya. Kes ibu yang lambat melahirkan pon kadang-kadang boleh menjurus untuk mendapat baby yang abnormal. Apatah lagi kes yang melibatkan nyawa..

Zaman moden sekarang ni aku rasa semua orang wajib tahu memandu lagi-lagi perempuan. Tak kira la duduk bandar ataupun kampung. Sangat tak cool bila kita label perempuan yang bawa kereta itu ganas dan kononnya perempuan yang tak reti bawak kereta itu sungguh ayu..padahal penakut. Tak relevan lagi kalo kita sebagai perempuan nak mengharapkan suami atau kekasih kita jemput dan hantar ke mana-mana yang kita suka. Jadilah wanita yang berdikari, dan anda akan lebih menyenangkan buat suami.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Sayang

Hari ini birthday ijat

Tapi aku jadi kekasih paling teruk sekali x buat pape


Aku tak nak bermain dengan hati

Aku percaya masih ada cinta 

Yang cuma perlu dikukuhkan lagi dengan kepercayaan

Cukup.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kecewa

 Lately, banyak sangat kekecewaan

Sampai tak sanggup nak fikir

Ya Allah..

Uji la aku..sesungguhnya ujian-Mu adalah tanda kasih sayang-Mu

Saya tak kisah hilang seorang kawan

tapi saya tak boleh hilang Tuhan saya..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Aku x tahu apa yang kurang

Tapi ada something yang tak kena

Jiwa aku bermasalah

Aku baru habis pengambaran batch

Masing-masing nak bergaya sakan dengan lab coat doktor

Dari jauh aku perhatikan satu kumpulan

Mereka bahagia, aku pon bahagia

Jauh dari sudut hati

Aku rindu korang!

Ya..rindu korang..

Ada sesuatu yang memagari persahabatan kita







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

CAMPUR-CAMPUR

Dalam hidup ini, ada suatu-suatu masa kita perlu menjadi seorang yang hanya melihat dengan mata kepala dan mata hati sahaja. Sebab kadang-kadang, kuasa tangan dan bicara kita tak mampu nak mengubah sesuatu keadaan sekalipun.


Setiap manusia dibesarkan dalam background dan suasana yang berbeza-beza. Ada anak yang dibesarkan dalam keadaan yang dimanjai, dan ada anak yang dibiarkan hidup berdikari. Sampai sekarang aku pelik kenapa isu anak bongsu yang dipelihara manja kononnya tu menjadi isu. 

Aku bagi contoh, abang sulung aku beza umurnya dengan aku 19 tahun (umurnya sekarang 36 tahun). Waktu dia lahir mak abah aku masih berdarah muda, baru belajar berumahtangga dan panas baran. Sebab itu dia dididik tegas dan setiap kemahuannya tidak dapat dipenuhi. Adakah kita boleh expect anak bongsu dididik dengan cara yang sama selepas hampir 20 tahun? Mestilah tidak. Sebab ibu bapa sudah tentu makin matang, sudah banyak makan asam garam dan mempunyai ekonomi yang lebih stabil. Malah, dah penat untuk bersikap garang dengan anak terakhir. Yang utama bagi mereka kini adalah beribadah. Jadi, adalah lumrah jika ibu bapa memberi perhatian yang lebih kepada anak bongsu selari dengan peningkatan usia mereka yang lebih bijak mengawal emosi.

Hal ini sama juga dengan anak yang dibesarkan dalam background kaya raya, sederhana mahupun kurang berada. Sudah tentu anak-anak yang dilahirkan dalam background yang berbeza ni mempunyai kelainan dalam pengadaptasian kehidupan dorang bila dah besar nanti. Mungkin kita pernah lihat anak daripada keluarga yang kaya boleh bebas berbelanja. Sedangkan anak daripada keluarga yang kurang berada berkira untuk mengeluarkan duit.

Babi aku, eh salah taip. Bagi aku, SEMUA INI ADALAH NORMAL! Bak kata 3 idiots, ALL IS WELL.

Mungkin kehidupan aku yang dari awal belajar di sekolah asrama mengajar aku mengenali ramai jenis orang.

Pengalaman menjadikan aku seorang yang kadang-kadang ibarat tunggul yang bermata dan bertelinga. Melihat tindak-tanduk dan mendengar setiap luahan rasa kawan-kawan. Mungkin kadang-kadang aku berdebat sekerat dua mahupun bersuara sekadar untuk menyedapkan hati mereka walaupun aku tahu butir bicaraku sedikit pun tak mampu mengubah nasib dorang.

Apa aku boleh buat dulu bila aku tengok ada f1 nanges tiap-tiap hari nak balik umah sebab homesick?
Adakah aku perlu bagitau dye, "hoi junior, apsal ko tak nak jadi macam aku yang gagah time f1 dulu? baru kena buli sikit dah nangis?? " Padahal dia tak pernah dizalimi dan hidup dalam kekerasan sebelum ni.

Apa aku boleh buat kalo ada seorang kawan yang hubungan dia dan abang dia renggang. Asal dia balik umah je gaduh dan kena maki. Sedangkan seorang lagi rakan mempunyai hubungan yang sangat baik dengan abangnya. Sampaikan aku ingat dia bersembang denga pakwe, rupanya dengan abang kandung sendiri. Apa aku boleh buat kalo ada pihak yang bercerita mengenai ibu bapanya yang bercerai sedangkan lagi satu pihak bangga bercerita mengenai kebahagiaan keluarga dia.

Apa aku nak boleh buat kalo aku ada kawan yang suka nangis bila ada masalah yang bagi aku bukan masalah besar? Adakah aku wajar terus mengelar dia macam budak kecik??

Apa aku nak buat kalo ada kawan kaki melaram sedangkan dia pakai la baju macam mana pon still nampak biasa. Adakah adil aku gelar dia syok sendiri??

(banyak lagi contoh aku malas nak taip)

Prinsip aku senang. Selagi manusia bernafas kat muka bumi ni, selagi tu dia masih mempunyai peluang dan hak untuk mengubah diri dia sendiri.

Kalau dia anak yang manja dan tak reti buat kerja, dia masih ada peluang dan hak untuk belajar berdikari.

Kalau dia seorang anak dari keluarga yang kurang berada, dia masih ada peluang dan hak untuk mengubah naseb keluarga dia.

Dan kalau dia seorang yang masih belum mengikuti syariat Islam secara menyeluruh, dia masih berpeluang dan hak untuk berubah dan bertaubat..

Kita juga adalah hamba dan makhluk Allah yang tak layak nak menghukum dan beranggapan negatif dekat orang lain..

Sebab hidup ini ibarat bola yang kejap kita duduk di atas dan bila-bila kita boleh tergolek ke bawah..

Iman iu sentiasa berbolak-balik dan kita tak layak nak perasan kita ni dan sempurna dan habis bagus..

Kadang-kadang orang tak dapat apa yang dia mahukan, tapi dia dapat apa yang dia tak mahu..

Allah dah menjanjikan segala yang terbaik untuk kita. Cuma kita yang perlu belajar, belajar dan belajar..



p/s: kadang-kadang diam itu lebih baik daripada aku bagi pendapat dan pendapat aku ditentang..malah menimbulkan pergaduhan dan mewujudkan jurang.biarlah orang nak panggil ko minah blur pon

kadang-kadang senyum itu lebih baik daripada ko terus memuji..sebih terlebih memuji orang akan ingat ko dengki


kadang-kadang baik ko menangis dalam hati je daripada ko difikir lemah oleh orang lain


Kan aku dah emo.
Suka hati aku la nak membebel dalam BLOG AKU!
haha
Lately aku kuat touching
nak pe'od ke hape??





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Nilai kemanusian mereka



Tak sangka
apa yang aku gambarkan sewaktu rusuhan di mesir dulu
dah berlaku di Malaysia

Aku pelik
mungkin apa yang terlintas di hati dulu ibarat doa
menanti akan satu hari kebangkitan untuk rakyat bersuara
kesedaran dari anak-anak muda
tapi sejujurnya 
kebangkitan kalian x sehebat di sini

Harapan aku
semua rakyat ada satu matlamat yang jelas
tahu apa yang diperjuangkan
faham apa yang didebatkan

ni aku tanya kawan-kawan kat Malaysia ramai lagi x paham apa yang dah berlaku
malah boleh bertelagah sesama sendiri di facebook
SHAME ON YOU!!

Entry aku ringkas
aku bukan nak membangkitkan semangat mem'BERSIH' kat sini
biar penganalisianku hanya berada di jiwa
aku ada peranan yang lebih besar kat sini
sampai masa, cukup ilmu
InsyaAllah

Berkaitan dengan video di atas
aku sedih
aku sanjung ketegasan seorang polis
tapi sanjunganku hilang bila tengok kesanggupan polis menendang rakyat bertalu-talu
dorang sedar x dorang tendang MANUSIA!!
aku ulang. M A N U S I A!
bukan binatang
weyh binatang pon tak sampai hati nak tendang taw.
maksudnya apa??

mana pergi nilai kemanusiaan dalam diri tu
mana hilang iman dalam hati
kekerasan takkan memberi keamanan
='( ='(

Betul kata orang
kerana nila setitik, rosak susu sebelanga

Tak pasal-pasal PDRM kena BERSIH kan nama dorang lepas ni
nasihat aku
tak yah pulun sangat memantapkan kekuatan fizikal bagai
kalo kesedaran sivik di hujung tanduk je
sekian.

p/s: macam mana nak bersih hati tu kalau sebelum ni banyak makan rasuah?? (aku x kata kat semua,tapi mostly)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kalau macam ni la keadaannya..

Aku pon nak pergi jauh..

It is not your fault

It is my bad

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Arnab

Awak
sahabat kekal saya di sana tu
jangan sedih-sedih lorh
saya kenal awak dah enam taun
saya dapat rasa yang awak tengah sedih

Tak pe
nanti saya balik jumpa awak ek
rindu nak tengok awak gelak macam dulu-dulu
aishhh
tak tahu la awak bahagia ke tak sekarang

Jangan sedih saya kata!!
kadang-kadang manusia sibuk kejar masa
tapi dalam hati dia madih mengingati
cara orang mengeksprestasikan perasaan rindu lain-lain

Saya sangat takut
kalau-kalau suatu hari saya pula yang menyakiti awak
dunia bulat.terus berputar

Saya balik nanti saya bagitau awak!!
kalau saya lupa sila gigit telinga saya

bye.
Jaga diri sang arnab malaysia.

p/s : entry kali ni macam lesbian.tuihh..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kau


Aku nak wish birthday kau


Tapi aku tak tahu kenapa aku ego sangat


Tak kisah pon kalo ko tak tahu


HAPPY BIRTHDAY kau.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments


Baru baca Human Right satu page
aku dah ngantok
cannot go la
respect jugak kakak aku
macam mana dia melalui hidup sukar menghafal segala 'law' tu

Harus ke belajar human right?
hak kesaksamaan untuk setiap lapisan masyarakat konon
perang yang x kesudahan tu apa cite?
kemiskinan tegar nak sorok mana?
kalo aku blaja boleh ubah semua tu??
alasan 

Ok
aku belajar subject ni lillahi ta'ala


....................................................................

Kau
kau rasa aku sombong x?
maaf. aku terpaksa
ko hot sangat
aku mangsa
perempuan selalu sangat jadi fitnah

Fine
sengaja tak nak rapat dengan kau
aku belajar dari pengalaman
banyak makan hati je nanti
cukup la kawan aku pernah terseksa
sebab kau!

Aku sayang kau as kawan
jaga diri lek lok
aku perhatikan kau dari jauh



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments



Saya rindu kekasih gelap saya














NUR DIYANA MOHAAMMED DIN

mana ko hilang ngek????

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kegeraman melahirkan kekejaman

Pernah tak terjadi pada diri korang
Bila mana korang rasa geram or sakit hati dengan seseorang??
Kalo boleh time-time tu jugak nak bagi free kick kat dye
(sorry.aku lebih suka menggunakan kelebihan kaki berbanding tangan)
(tapi kelebihan lidah aku lebih sakit berbanding kedua-duanya)
huhu

Selalu je bende ni terjadi kat diri aku
Akan ada rasa perasaan nak tempiaskan perasaan marah yang membuak-buak tu kat fb or blog
Lagi-lagi kalo orang yang cari pasal dengan kita tu orang yang memang sedia maklum kita meluat kat dia
Kalo la tang-tang tu ada blog depan mata, habis semua dihemburkan
KESIAN ABANG BLOG!!

Tapi biasanya niat aku tu aku tangguhkan.
Seboleh-bolehnya time aku tengah marah tu aku jauhkan diri aku dari laptop.
Cari bende lain yang berfaedah yang boleh membuatkan hilang ketensionan tu.
Pegi la basuh tandas ke, jemur baju ke, pegi masak ke lagi bagus
Balik-balik perut kita gak yang kenyang
Instead kita pergi maki hamun orang tersebut di blog
Paling-paling kita dapat dosa memburukkan orang
Kebetulan plak membe yang follow kita tu knal siapa yang kita kutuk
Tak ke dapat dosa mengaibkan orang.
Dosa mengumpat tu dah ibarat makan daging saudara sendiri you all
(perghh rindunya nak makan daging..ada dekat 5 bulan aku x makan daging huhu.tetiba)

Then, apa yang aku rasa
Lama-lama perasaan marah tu hilang dengan sendiri
Boleh plak sayang gurau-gurau senda dengan orang yang kita marah before ni
Boleh tak bayangkan betapa menyesalnya kalo aku dah tulis macam-macam pasal keburukan orang lain
And then, suatu hari dia mintak mmaf dan berbuat baik dengan kita
Sedangkan sebelum ni kita dah publish dah post kutuk orang tu bagai 
Pergh, menyesal beb menyesal
Betul la kata someone ni
The internet, once you post it, that shit stays the forever
Ko delete balik pon tak guna sebab orang lain dah baca

Kesimpulannya, bersabar je la time marah tu
Belajar kawal perasaan
Lama-lama ok la
Ada kawan kan?
Pergilah cerita kat dia
Daripada emo sorang-sorang kat blog
Nak menagih simpati siapa??
Lu pikir la sendiri wok

p/s:  peace no war
p/s: bley je rupanya aku masak udang sambal tumis harini.biasanya x berapa jadi -_-"





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Abah

Pantang duduk sorang-sorang
Aku mula rasa nak menaip
Rindu kat abah meluap-luap bila semua orang  post pasal hari bapa

Abah,ingat x dulu
time kecik-kecik abah x penah pukul shafa
bila dah masuk tadika shafa dah reti merajuk
pastu abah pujuk sambil dukung cium-cium pipi

bila makin besar shafa dah pandai melawan
abah belikan rotan depan mata shafa
abah kata 'kalo adik nakal abah pukul pakai rotan ni'
tapi balik rumah shafa nyorokan rotan tu
so sampai sekarang shafa x merasa rotan tu
sori abah

abah selalu kata perut shafa sensitif macam abah
abah ingat x
abah sanggup berhenti makan sebab nak dukung shafa
sebab shafa nangis x tahan sakit perut sangat

setiap minggu abah bawak pegi swimming pool kat cheras
ajar shafa berenang dari kecik
pakaikan bikini bila mak x ikut
tapi sampai sekarang shafa x reti berenang
lembab kan shafa

abah tahu shafa hantu air
abah penah bawak shafa diam-diam pegi mandi swimming pool rumah dato' majikan abah
sebab dulu shafa penah mintak abah beli umah banglo ada kolam renang
sekarang shafa paham
abah x mampu, tapi abah sanggup buat apa sahaja bagi shafa happy

dulu time kita tunggu mak dalam kereta
abah selalu tanya soklan math kat shafa
hanta shafa pegi kelas arithmetic
tapi shafa nak masuk taaekwando abah x bagi
sebab abah kata tangan shafa pernah patah
xnak bagi patah balik

shafa pantang naik kereta
mesti tertido
shafa suka baring sebelah  abah depan tv
abah akan buka channel pasal haiwan-haiwan
sambil korekkan taik telinga shafa
sampai shafa tertido
abah akan dukung bawak naik bilik
kadang-kadang abah x tahu
shafa suka pura-pura tido!!

apa yang shafa nak semua abah bagi
walaupun shafa x berani nak mintak-mintak
tapi sekali shafa cakap abah akan tunaikan
baiknya abah

abah..
shafa rindu nak pegi taman klcc dengan abah
mandi sama-sama kat swimming pool macam dulu-dulu
x suka la jadi anak dara macam ni
segan nak manja-manja

abah tolong la jaga diri baik-baik
takut sangat abah maasuk icu dulu
20 hari plak tu
abah x pernah nangis teruk macam tu bila jumpa shafa kat hospital
doktor kata syukur abah x merokok
adik masih ada abah

abah, jarang sangat shafa cakap shafa sayang abah
apatah lagi mintak maaf
tapi bila shafa dah reti mintak maaf time raya haritu
abah nangis teresak-esak
mintak maaf abah
shafa sayang abah
shafa x reti tunjuk..

SELAMAT HARI BAPA








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Surat Cinta Untuk Future Wife (s)


Assalamualaikum

Kehadapan my future wife(s)

So, wahai my future wife(s)

I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.

I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?

Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.

My future wife(s),

I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.

Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.

My future wife (s),

You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.

Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?

I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bull****. So, don't trust them.


Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan


(just copying n spreading others' words...)


belum pape dah ada 'wife (s)'...nmpok nooo nak pasang bnyak channel..x bley buat jadi laki ni..hehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

LASKAR IMTIHAN

Tidak ada perjuangan di dunia ini, kecuali harus disertai dengan pengorbanan. Demi fikrah kita, janganlah engkau mempersempitkan pengorbanan, kerana sungguh ia memiliki balasan yang agung dan pahala yang indah.

-Imam Hasan Al-Banna-

Sudah lama rasanya blog ini terkulai layu, tandus daripada benih-benih ilmu.

Kelapangan masa yang diberi Allah bukan bermakna kita sebagai hamba-Nya perlu terus-terusan mengejar segala nikmat dunia (peperiksaan) semata-mata. Tetapi kelapangan yang diberi sebenarnya adalah medan untuk Allah menguji kita sama ada masih rindukah kita kepada-Nya..masihkan ingatkah kita kepada-Nya tatkala kita masing-masing sibuk mengejar gred "MUMTAZ", iaitu satu 'gred' yang mana miliknya juga adalah milik Allah.

Hatiku betul-betul terkesan setelah menghadiri satu program pada malam kemarin. Alhamdulillah, majlis itu menyedarkan aku bahawa kejayaan dalam peperiksaan itu bukanlah kejayaan hakiki. Peperiksaan sebenarnya adalah madrasah terbaik untuk dekatkan diri dengan Allah. Seperti mana yang kita tahu, Allah adalah pemilik segala kejayaan, maka Allah adalah motivasi yang terbaik untuk kita semua disaat ni. Tetapi berapa ramai di antara kita yang benar-benar menggunakan nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam itu untuk mengejar ganjaran tersebut.??

Kita mahukan Allah mengabulkan setiap doa kita, tetapi pernahkah kita BERKORBAN membantu ke jalan Allah??

Kita mahukan Allah memberi kejayaan yang cepat kepada kita, tapi adakah kita seorang yang solat di awal waktu?? (azan dah berkumandang tapi kita masih sakan membaca buku)

Cukupkah solat hajat, solat tahajud dan solat jemaah yang kita kerjakan untuk setanding dengan kurniaan yang bakal Allah berikan nanti??

Kegagalanku di masa lalu benar-benar membuatkan aku insaf. Kejayaan sebenarnya adalah daripada Allah..segala usaha yang kita lakukan adalah asbabnya sahaja. Sebab itu kadang-kadang manusia silap, mereka penat berusaha sehingga hilang kebergantungan kepada Allah. Mereka bergantung hanya pada usaha (kononya dah work hard), tapi tidak bertawakal, tidak yakin dengan pertolongan Allah.

Oleh itu rakan-rakan, marilah kita mentajdid niat. Ingat semula hadas kita diciptakan, iaitu hidup untuk beribadah dan mengejar mardhatillah. Insyallah, setiap kejayaan yang Allah beri nanti adalah dengan redha-Nya.

Video ini telah membuatkan saya terpanggil untuk share dengan anda semua. Hadam la dengan mata hati..selamat menonton!



"Pengorbanan itu adalah kunci kehidupan adalah sumber kekuatan..dan orang yang tidak berkorban tidak akan mengerti apa erti kehidupan."

"Pengorbanan adalah pengorbanan jiwa, harta, waktu, kehidupan dan segala sesuatu yang dipunyai oleh seseorang untuk mencapai matlamat."


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

 "To me, the ideal doctor would be a man endowed with profound knowledge of life and of the soul, intuitively divining any suffering or disorder of whatever kind, and restoring peace by his mere presence."


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kecewa

aku jumpa ni kat fb
jeng.. jeng.. jeng..


awk....percaya larh yunx saia cnte an awk....indu an awk.....dan syunx an awk.....
saia jnji akn jge rlationship itw ney cmpy ketemu nye jdoh kte...dan tlg jgn tgl an saia agy....
spt laky2 yunx pna tgl an saia...
lurve ur sow much bie..

Saia nax awak trime saia sbg teman hidup awak dgn ikhlas.



kalo aku jadi cikgu bm ko mesti aku kecewa
membazir ajar penggunaan ejaan dan bahasa dengan betul
malah kalo aku jadi ustazah ko aku rasa nak bunuh diri

adik..
zaman remaja zaman untuk kita belajar banyak perkara
jangan terlalu berharap sangat dengat laki pada usia muda macam ni
blaja pandai2 ok?!
pastikan awak x tulis macam ni lagi dah


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Our Secret Recipe

hai..tengah hari mcm ni memang study x masuk
pagi tadi sebelum pegi uni
aku ada buka page group jenan's debater kat fb
tetiba kerinduan datang menyapa
senior aku ada post something
betul-betul menusuk beb
apa yang dia kata semua betul
siapa debaters akan faham semua yang dia tulis ni

*dewa..mohon copy paste ek (^^,)

semua org tau tanpa a, b dan rakan-rakan lain tidak akan bermakna kerana adalah pemula. umum juga ketahui, tanpa b, a dan c terpisah dek kerana ruang yg ada. anda juga paham, tanpa c, a dan b tidak pernah akan ada penutupnya (kalau kita mahu susun ikut aturan)

cerita mudah ini memg ditanam dalam minda semenjak tadika (walaupun tak pegi tadika tp semua blaja standardize kan?).namun bila masa kita mula paham tentang keadaan saling melengkapi dan memerlukan?anda mahu cerita tentang kerjasama, tp brapa ramai yg tahu apakah itu tindakan yang melambangkan kerja bersama-sama?ramai org ckp mereka bersepakat, tapi bera ramai yg pernah menzahirkan keadaan muafakat?

soala-soalan mudah nie menyampaikan satu perkara, apakah benar anda paham dan menghargai benda yg ada disekeliling? - dengan keadaan yg palg senang, apakah anda hargai team anda?

bygkan dalam satu pasukan, perdana menterinya kureng sket berbanding teammate nye yg laen /@ 2nd yang kureng /@ 3rd yg kureng....apakah yg anda lakukan?ini pilihan anda :

1- bagi peluang...
2- tukar orang laen..
3- tak ambil kesah,asal ak dapat best speaker.

apakah pilihan anda?simpan dalam hati,anda yg lebih mengetahui diri empunya.
ad satu kisah,jadi pada 2009.kami berjuang..bermula dengan pemilihan team, senior berhak membentuk team kerana kami berlatih bersama-sama. maka untuk tournament itu, 3 pasukan perlu dibentuk. 1 senior  yg dipanggil team utama, dan 2 team junior A dan B. ak dimasukkan ke dlm pasukan A (A dan B x dikisahkan pun sgt ). ak merungut dan bertanya, kenapa mesti ak dimasukkan ke dlm team dgn mereka.boleh x ak tukar team? jawap senior - jgn ngade! (sentap!)

berlatih la siang dan malam kira2 sebulan.pergi ke tournament ini, senior dan junior bercampur gaul dalam pusingan kelayakan yg ada 6 sesi banyaknya...maksudnya..team senior mungkin lawan team junior sesama universiti atau lawan sesama sendiri daripada uni lain..hari pertama, 3 game. hanya menang satu..maka hari kedua,kami berdepan misi yg agak mustahil,iaitu perlu meng kesemuanya...alhamdulillah,rezeki merestui kami...layak ke suku akhir dengan juri,margin yg cukup2 makan. semasa suku akhir, barulah senior dan junior dipisahkan ke dalam liga masing2...maksudnya, junior hanya akan bertemu junior bermula suku hingga lah ke akhir... untuk layak ke suku, team yg berda di tempat 1 hingga 8 yg akan masuk. kami di tempat ke8..maknanya, akan bertemu pasukan junior plg kuat iaitu tempat 1 tuk suku...memglah terase ibarat telur di hujung tanduk...bila berbincang malam b4 lawan,kami pasrah.katanya,redah je esok.rezeki di pihak kami,syukur.ak mula rs confident.ak yakin sampai ke final...kerana sebelum sampai ke peringkat itu, banyak masalah yg timbul ( ak yg klasifikasi sebagai masalah)..ak sound teammate ak on the spot lau wat salah,ak rs ak yg bawak team sowg2..ak stress ( mujur  ketika itu dia ada)..hinggakan malam sebelum ke suku, salah sorg teammate ak menangis.mereka kata kami berjuang di suku tuk ko crab.dush-ak trase cam bawu kena baling batu dari tingkat 2.ak slalu salahkan mereka,sampailah satu match, mereka kalah disebabkan salah aku...kami hanya berjaya sampai separuh..

balik dr tournament, bile wat post moterm...ak ckp nk tukar team...tukar lah team..namun, hakikatnya,ak tak penah rasa best seperti mana ak bersama2 dgn team first aku..ak bertukar2 team, dan akhirnya, satu konklusi dicapai, sebenarnya, takde istilah salah individu.bairpun perdana menteri terslaah bukat kes, 2nd n 3rd bertanggungjawab..kerana korunk percaya dia jd P.M, dan korunk kena ikut dia jugak...sape suh korunk tak tlg dia bukak konsep! kalau 2nd takde hujah. PM DAN 3RD, totally bertnggungjwa, sape suh krunk x bincg n bg dia hujah!. kalau 3rd bidas cam bc berita, 1st n 2nd yg kena rasa macam nk terjun bangunan, sebab korunk yg akan dengar time die wat bidasa, sape suh tak tolong die bidas.

secara mudahnya, debat ialah cerita berpasukan.ak selalu berharap junior ak akan lebih baek dr aku.sampai ke final,korunk kena betul2 tahu ap lemah dan kuatnya korunk. latih dalam pasukan hingga sampai tahap bila pihak lawan ckp je, bgun 3tiga korunk tuk mencelah,same je pikiran korunk.susah?memg lah,sape kata debat itu mudah..jgn cerita tentang teori,konsep,bidasan,penggulungan...kalau dalam team pun tak ambil kesah.ak tulis ini bukan rencana,bukan buku,bukan konsep yg wajib diikut.ak cerita dan berkongsi kerana ak x mahu kesilapan ini diulangi. ak tak tahu adakah takdir atau pun kebetulan, jenan selalu terkandas di saat2 klimaks sesuatu perkara...anda sampai ke final-bagus.namun berusahalah untuk menang.kerana banyak pihak percaya pada anda.anda percaya pada diri sendir?




ikut hati aku nak balik malysia tengok junior2 aku
x dapat tolong banyak pon xpe
banyak lagi senior yang hebat 
=)

aku yakin
aura final tu semua debaters jenan mesti rasa
kami memang dah dididik, diajar, dibasuh (ha ha) untuk satu matlamat yang sama
dalam banyak2 pengalaman hidup aku
debat adalah kenangan terindah selepas umrah
kejayaan kami sebelum ini adalah yang kedua
UKHUWAH kami adalah yang pertama

xkan habis satu hari kalo aku nak cerita satu2 pengalaman aku jadi debaters kat skola
aku blaja fly sbb aku masuk debate
aku blaja lompat pagar aspuri sbb aku masuk debate
aku blaja lari dari pak guard sbb aku masuk debate
aku blaja curi masuk inglish room sbb aku masuk debate
kenapa aku x kesah??
sebab aku bersyukur
dunia perdebatan bnyak mengajar erti kerjasama berpasukan
susah senang sama-sama kena
dikritik dipuji sama-sama dapat
perkara pertama yang ajar aku erti kasih sayang
(aku gedik sekarang pon sbb debat hikhik)
lantak la orang nak kata mulut aku laser ke berapi ke hape ke
yang penting hati kami sama

laily rindu korang taw tak..
kembalikan gelaran perdana menteri wanita pertama kepadaku..





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments