Mesir sunyi malam ni. Tak macam empat hari lepas asek bingit dengan music mereka yang macam entah apa-apa. Belum ditambah dengan majlis perkahwinan mereka, yang pasti ada suara mak cik-mak cik yang melolong. Tak apa lah. Itu budaya arab mesir.

Gua sebenarnya kesiankan blog gua. Bakat menulis pon dah semakin pudar. Entah-entah gua tak pernah ada bakat pon. Daripada gua tenung dashboard gua ni lelama atau membaca kehidupan orang luar, baik gua cuba paksa otak gua untuk berfikir sambil menaip.

Gua ni budak medic yang tak sedar diri. Patut gua sediakan mental gua untuk kelas semester baru. Tapi entah macam mana gua boleh sesat kat sini. Tapi tak apa la. Alang-alang gua dah ada masa nak bermanja-manja dengan blog gua, gua teruskan juga walaupon harapan nak kene maki dengan pembaca tu tinggi.

Gua baru lepas borak-borak dengan pakwe gua tadi. Sekarang dia masih ada di talian yang tak pasti dah betul-betul deep sleep atau belum. Dan gua masih memilih untuk setia menemani dia tidur walaupun benua afrika memisahkan kami. Itupon sementara gua masih ada masa.

Sengaja la gua cakap dengan dia yang gua masih mencari-cari lagi minat gua. Gua perasan yang gua bukan macam awek-awek lain yang ada passion dengan sesetengah benda. Macam ada perempuan yang obsess gila dengan barangan jual beli online, ada yang minat dengan kasut, handbags, make up atau barangan-barangan comel. Itu kalau aku letakkan diri aku di malaysia. Beza kalau di mesir, aku bukan student perempuan yang obsess dengan persatuan, bukan juga dengan usrah, atau mana-mana kelab permainan sukan. Gua sedang-sedang dengan semua tu.

Dan gua rasa gua patut bunuh diri sebab tak macam orang lain. haha!

Bila gua pikir-pikir balik, gua belek-belek balik memori gua, gua perasan yang gua ni kategori yang banyak melancong dan berjalan. Setiap kali gua balik cuti summer kat malaysia, berapa kali je gua boleh bilang gua stay kat rumah. Kebanyakan harinya berjalan. Tak dekat pon, gua akan ikut family gua melancong sini sana.

Nasib gua jadi anak bongsu, mak abah dah lama pencen. Gua antara anak yang paling banyak dapat peluang melancong yang ditanggung penuh. Mungkin 'biah' gua yang dah lama diserap ni membuatkan gua semakin minat nak melancong. Satu petang tu gua ada buka video pasal tempat-tempat melancong yang menarik dan sangat amazing. Gua tengok tempat-tempat tu tak berkelip sambil pasang angan-angan macam gua ada kat dalam gambar-gambar tu.

Gua dah pikir bukan-bukan. Alangkah untungnya kalau gua ni anak orang kaya dunia yang gua boleh gunakan duit mak bapa gua pergi travel sini sana pada usia 21 tahun. Waktu tu gua bayangkan untuk gua sorang je tanpa ditemani oleh mana-mana jejaka termasuk lah pakwa gua. haha!

Cerita dia, gua tak ada la nak letakkan harapan yang tinggi menggunung yang gua dapat habis kan usia-usia gua pergi tempat-tempat yang indah tu. Memandangkan jurusan yang gua amek ni macam tak berapa sesuai gua nak jadi orang yang kuat berjalan pon. Cukup la gua bekerja seikhlas mungkin, kumpul rezeki halal, lepas gua pencen gua akan cuba pergi mana-mana negara yang gua sempat.

Tinggal tiga tahun yang berbaki belajar kat mesir ni, gua belum plan lagi mana-mana negara eropah yang gua nak tawan. Memandangkan gua dah set mind yang cuti winter ni gua nak balik malaysia. Sebab gua ada urusan yang penting dalam hidup gua yang gua kene settlekan cepat. Itupon harapnya exam sebelum cuti. Kalau exam selepas cuti gua agak, berani nak kerat leher jugak kalau gua balik.

Itu je la yang gua boleh citer. Dan entry ni pon dah dikira agak panjang bagi gua. Lagi lapan hari lagi kelas gua nak start. Gua macam takut-takut berani nak masuk tahun empat. Gua sebenarnya macam tak nampak masa depan gua sekarang ni.haha!









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments