Ku Gila

Laily dah gila ye
laily jarang tido lewat sebelum ni
tapi sekarang laily dah x kesah tido lewat 
=)

Laily dah gila ye
laily dah biasa keluar lepak dengan kengkawan sesuka hati
tp sekarang laily belajar menjaga hati
=)

Laily dah gila ye
laily x reti bagi salam sebelum message
tapi sekarang laily taw bagi 'assalamualaikum'
=)

Laily dah gila ye
kalo orang x reply message laily x kesah
sekarang laily sangat kesah
=)

Laily dah gila ye
laily x penah nanges sebab x dpt kebenaran
tapi laily dah nanges
=)

YE! YE! YE!
LAILY  MEMANG DAH GILE!

aiyokkk..sape buat laily cmni??
dye memang gila r!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Malam 20 Feb

Malam tu family sambut birthday aku.
ktorang makan-makan kat Tasik Idaman.
dah feymes tempat tu.
konsepnya menarik.
ada tempat makan atas tasik, plus boleh karaoke.
makanan pon s0dap. ok la tu! *kata dato' siti.









seumur hidup, aku x pernah reti potong kek!! adehh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Hantu Makan Yee Sang

19 hb haritu bersamaan hari sabtu aku pegi times square dengan qid0t, mia, and kudat! 
sangat la sedeynya kerana ketiadaan aisyah, dyana dan khal huhu.

weyh, aku bukan nak menunjuk pakai baju 'sopan' tu.
tapi aku memang xde baju dah kat malaysia ni hehe.
thanx teman aku shopping2.
laily tetap laily kan.
tengok qid! ko xkan kehilangan cik bu ko =)

ohh, sekarang mereka sudah pandai memaku aku.
xpe2, aku sayang kawan beb.
plus, aku menjaga maruah pelajar mesir yang lain haha.

sempat gak tengok muvi SINI ADA HANTU.
starting memang hambar.
sebab ada fasha sandha. haha.
tapi lama-lama lawak cam cilaka.
kalo x, xde la sampai berjurai-jurai air mata aku keluar.
ok.aku tipu..tapi memang siyes la lawak.

pastu pegi makan YEE SANG.
tengok cina makan cam sedap.
try la weyh! *tapi nasihat aku xyah la..
hehe.










sampai muka aku je kabur. sangat x puas hati!


ktorang bertembung dengan akim haritu.
tapi aku sorang x pasan.
mata meliar pandang baju-baju.
sori akim. baju-baju lebih penting daripada usha orang ramai.
depa kata dye hensem.
tapi aku x menyesal x pandang haha.

haa.. sori ayol.
siyes aku x pasan ko!
yang ko x tegur aku apsal??

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Duhai Hati

Hati aku.. dah rosak..
kejap ke KIRI
kejap ke KANAN
dah x reti beza.. CINTA 
ataupun SAYANG

Duhai hati.. jangan jadi jahat
jangan jadi kejam..
Orang lain juga ada hati..dan perasaan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Cuti-cuti Family

Aku tak berminat plak nak tulis pape pasal Valentine's Day haritu. Plus aku memang x sambut.

Akhirnya..!! Cuti 'free' aku ni terisi jugak dengan jalan-jalan bersama keluarga. Aku pon pelik. Dah seminggu lebih aku sampai Malaysia. Tapi belum pnah sekali pon aku kuar dengan membe apatah lagi dengan.. Biasenya aku tak reti dok umah lama2 ni.

KL BIRD PARK







Semua muka aku kan?? Tak taw la.Hanya gamba yang ada muka aku je yang cantik.. hakhakhak



TELUK GONG, KLANG






Aku tggu punya lama, buntal yang ku dapat huhu. At least, duyung jantan pon ckup la.

Angah kata, memancing ni hadiah birthday aku. Boleh laa.. lepas syahdu sikit memerhatikan pemandangan laut..laut?? tasik kot.. eh, entah la. hehe


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kenduri

Malam semalam family aku buat kenduri doa selamat. Ada sahabat aku cakap, "ang balik perang ke nak buat kenduri bagai". Dah family aku nak buat, nak ucap rasa syukur.. biarkan lah.

Ada dua keluarga yang anak dia balik dari Mesir. Ktorang combine buat sekali kat surau. Diorang buat nasi lemak, ktorang buat mee gorenng dengan kuih-muih sikit. Tanya la sape yang masak mee goreng tu?? hakhak.

Semalam, jiran tetangga aku turun padang tuk membantu apa yang patut. Keje aku 'menumbuk' dan 'memasak'. Sangat la excitednya aku. Alaa, kalo first time memang semua excited enn. Bagi chance la aku nak riak jap huhu. Sekarang, susah nak nampak anak dara turun membantu kalo ada kenduri. Aku yang buta ke?? atau bila time aku je, memang masa tu la xde anak dara? tak tahu la. Nak kata orang bandar, aku balik kampung pon, kalo ada rewang (gotong-royong) memang xde anak dara yang tolong masak-masak ni. Semua mak cik-mak cik.

Aku pon pelik kenapa aku x tolong time kat kampung. Yela, dah xde remaja perempuan lain, x kan aku tetiba nak menyibukkan diri pegi tolong. Kene meminang nantikan susah!! HAHAHA. Ok, aku mengaku aku malas dan kekok. Tapi pelik. Macam mana nak warisi kepakaran dari generasi mak-mak kalo xde generasi muda yang turut serta?? Mungkin zaman ktorang nanti, dah hilang amalan gotong-royong ni, semua pakai catering. Camtu ke?? Kalo ye, aku sedih.

Mungkin remaja yang seperti aku ni ingat, "buat apa nak tolong, kan mak cik-mak cik yang ada tu dah terer. Kita ni mengacau je nanti". apakah??? Kalo nak nampak anak dara buleh tgok time kenduri dah start, time makan-makan. Pakai baju lawa-lawa. Make up tebal-tebal. Aku bukan nak mengkritik ke apa. Tapi, aku timbulkan persoalan kat diri aku sendiri. *sigh

Bila aku fikir balik, kadang-kadang kita tak dapat mengubah 'perubahan'. Mungkin senario ni akan berlaku dan terus berlaku. Cabaran dalam perkembangan IT makin lama makin 'hebat'. Sama la macam kita membincangkan isu permainan tradisional yang semakin luput. Buat la kempen macam mana pon. Aku rasa tiada perubahan, dan permainan tradisional itu malah semakin luput. Kalo di hadapan remaja sekarang diletakkan congkak dan sebuah laptop yang terpampang facebook. Agak-agak mana yang kita akan pilih? Kalo aku, aku pilih facebook. Maaf la.

Maka, APAKAH SOLUSINYA??

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

LELAKI BERISTERI LEBIH MENGGODA??


Apa yang aku baca ni la yang aku nak kongsi. Entry ni xde faedah pon. Kalo hangpa ada exam baik hangpa study daripada baca blog aku ni. Suka hati hangpa la kan. Gelabah la aku ni.

Ok. Title ni aku copy daripada sebuah majalah untuk yang dah berkeluarga. =) Maaf la. Buku medic semua aku dah tinggal kan. Kat umah ni belambak majalah. So, bende tu la yang aku baca tanpa rasa bersalah.
Kenyataan ni mungkin mengundang kerisauan yang tidak berbelah bahagi kepada para isteri. Mungkin juga mengundang maut bagi isteri yang suaminya kacak rupawan. Haha 'mungkin' je pon.

Cakap bukan atas angin ok. Kalo tak, mana mungkin aktres jelita Angelina Jolie terpikat dengan aktor kacak Brad Pitt sewaktu lelaki tersebut masih berstatus suami kepada Jennifer Aniston satu ketika dulu?? (betul gak kata wartawan ni). Ni kata laily, mana mungkin Siti Nurhaliza terpikat dengan Dato' K kan?? dah2. Kang semua cita artis aku buka kang.






Aku berani mengaku laki dorang ni memang hensem =)

Seorang pakar psikologi, Anthony Little melakukan kaji selidik dengan menggunakan burung betina dan ikan betina sebagai objek. Resultnya, beliau mendapati burung dan ikan-ikan betina tersebut lebih tertarik pada spesies jantan sewaktu pasangan betinanya berada si samping mereka. Kenapa guna binatang ek?? Macam manusia ni tak dapat lari daripada perangai binatang agaknya. Rampas suami orang. Opsss.. (laily jaga mulut!!) Yela, macam x boleh guna borang kaji selidik je. Ok, serahkan pada yang pakar la! Mungkin itu lumrah hidup agaknya. Tak berani nak jamin kesahihan fakta ni. Dan mungkin sebab itu juga Islam mengajar umatnya menundukkan pandangan dan berkahwin untuk memelihara nafsu??

Haha. Kenyataan yang lagi satu ini juga lawak. Wanita yang berumah tangga juga lebih tergoda saat melihat lelaki bujang. So, jangan naik heran bila wanita yang berkahwin masih tergila-gilakan Fahrin Ahmad! Dan, jangan salahkan aku yang belum berkahwin ni kerana lebih meminati Aaron Aziz berbanding Farid Kamil hehe =) Jap, David Beckham aku minat gak haha.




Anda tertarik dengan yang mana??



Tetiba teringat kata-kata seorang dalam fb tadi. Nampak laily dalam pic ayu je, sopan, hormat orang tua. Tapi x sangka plak bila baca komen2 laily rupanAya laily ni seorang yang brutal!

p/s: Nasihat saya,jangan menilai seseorang melalui gambar yang tidak bergerak itu ok?? HAHA.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Buhsan

Bermula la episode bosan dalam hidup aku.
Siyes aku benci perasaan bosan ni.
Sama cam  perasaan baru lepas abis exam SPM dulu.
Paling-paling hidup aku, apa yang aku buat kena ada motif.
Sori. Ada gak yang kata aku skema.
Suka hati aku la aku tak nak mengaku haha.




Ikutkan rasa hati, aku tension gak dengan rakyat mesir yang buat rusuhan.
Sengaja suruh aku tangguh pengajian.
Tapi, aku biarkan.
Semua yang berlaku ada hikmah.
Salah satunya, aku bakal dapat celebrate birthday aku dengan family.
Dengan insan tersayang??
Family tu insan-insan tersayang aku la hekhek.
Kepada bestfriends aku, hangpa toksah dok buat lupa la no.
20 FEB ni!!!

Bila dah kata menganggur tu.
Xde keja la kan.
Aku rasa amat la perlu untuk aku menghafal segala muscles dan arteries yang berselirat tu.
Tapi aku baru dua hari sampai malaysia.
So, jangan harap aku buat!
Bagi mengelakkan diri termasuk dalam golongan yang membuang masa dan golongan yang rugi, aku baca gak apa yang aku jumpa kat umah ni haa.

Ok.Nest post please. =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Lega

Kul 2 petang tadi aku selamat sampai Malaysia. Alhamdulillah.
Awal-awal lagi, aku dah set mind nak buat muka happy. Yela, apa nak sedih-sedih kan. Dah jejak kaki kat Malaysia pon nak sedih ke?? Tapi, tekejut plus terkesima gak bila satu family aku sambut, kecuali uda. Mak x yah cita la, dye yang buat banjir KLIA tu. Mak.. mak.. Abah, aku paham. Dye tahan air mata tu. Aishh, askar mana boleh nangis bai!!



harap kerinduan beliau terubat

tachink abis kot time ni

husna dan mak su nya




Dah-dah, x nak cte sedih-sedih dah. Aku doakan kawan-kawan aku yang masih di jeddah tu selamat sampai ke Malaysia. Kepada daddy, uje, abang ismul sorry.. x sempat nak jumpa, aku balik dulu.

Masalah aku sekarang, apa aku nak buat sepanjang cuti 'free' ni?? Sejak dalam flight aku fikir ni huhu. Eh, aku dengar Malaysia ada banjir2 ek? Aku sangat la berminat nak jadi sukarelawan sebenarnya. Tp, jangan harap mak aku kasi! Bapa aku dah usulkan suh aku keje. Jeng, jengg.. Agak-agak muka komersial cam aku ada orang sanggup nak amek aku jadi amah x?? hehe

Aku teringat satu novel yang heroin dye student medic pastu amek keje sambilan jadi suri rumah. Then, berchinta dengan anak tuan rumah yang hensem lagi bekerjaya. Pastu, pastu balik Malaysia bawak 3 sijil sekaligus. Ijazah , sijil kawin, sijil surat beranak.. Haa! Ye, karya H.Lovate x silap aku!! Arghhh stop laily stop. Itu NOVEL!!

Ok. Sekarang tolong aku cari 2 makanan yang aku nakkk sangat makan. Masuk tahap mengidam +  kempunan ni. Sumpah mesir x jumpa oh. Meh tengok meh apa fav foods aku.


YONG TAU FU. makanan ni buat aku jadi gila beb. aku suka yang kat pasar malam jalan tar je. yang lain aku x nak.
CHAR KUEY TEAW. aku knal makanan ni time blaja kat utara dulu. time outing ngan 'fly' aku mesti cari makanan ni.



 Otak aku terus x boley berfungsi lepas dengar lagu 'Kalau Cinta'. K la. Aku gi qada' tido dulu. 

p/s: ikut hati aku nak terbang ke Pahang sekarang juga. tolong la hati! jangan bukan-bukan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

REVOLUSI DI MESIR : Jiwaku Merusuh

Aku rasa satu dunia dah tau cite ni. Jadi aku malas nak elobrate panjang-panjang. Baik korang google or baca daripada sumber-sumber yang lebih sahih daripada baca informasi dalam blog aku nih. Sebabnya, apa yang aku nak tulis lebih kepada pengalaman seorang pelajar yang masih terkandas di bumi Mesir ni. Makkkkkkk nak balik Malaysia!!!

Seminggu kerajaan Mesir potong intenet. Baru beberapa jam yang lalu dapat balik. Ckup la potong internet, line telepon pon dorang sekat. Tima kasih la sangat!! Sekurang-kurangnya dorang x potong bekalan air dengan elektrik skali huhu. Mau hati gua x parah seminggu ni. Dah la internet sumber utama aku contact orang tersayang di Malaysia dan negara lain. 

Hari pertama start rusuhan, x silap aku 28hb iaitu 2 hari selepas exam final sem 1 aku. DAN, haritu juga aisyah sahabat aku dari Jordan datang. Kononnya nak datang melancong kat Alexandria. Hamek ko!! melancong la sangat. Datang melawat orang mesir merusuh semata-mata ada la. Kesian beliau. Sampai je beliau kt umah aku, x brapa lama lpas tu orang-orang alex dah start merusuh. Syukur.. selamat sampai rumah sebelum tiba masanya. Rasanya kalo x sempat haritu, silap-silap aku dengan aisyah merusuh skali kat jalan tu sampai depan rumah ktorang.

Satu hari tu ktorang menghabiskan masa dekat balkoni rumah sambil menyaksikan gelagat orang tunjuk perasaan. Time tu rakyat Alexandria masih sopan lagi. Belum nampak sebarang tanda keganansan. Aku cuba bayangkan diri aku rakyat Mesir time tu. Daripada cara dorang melaungkan sorakan "turun ko ya Hosni Mubarak!!" (lebih kurang cmtu la) aku rasa aku boleh 'ter'join. Siyes, sangat kagum dengan semangat dorang.

*Tetiba cam nak bandingkan rusuhan kat Mesir dengan di Malaysia. Tp, kena tukar ayat sikit la.."turun ko ya Najib!!" hahaha..x..x.. (sambil geleng-geleng kepala)

Rupanya, kesopanan tu hanya pada siang hari pada hari pertama.* Ceit, baru nak puji dorang ni merusuh cara berhemah. Maka, bermula la episode cinta terkandas rakyat Mesir dan Perdana Menteri mereka. Saksikan olehmu wahai sang hujan...





ibarat uje cakap "lautan manuusia..lautan manusia.. Allahu akhbar!"



bunyi kereta kebal masih terngiang2 kat telinga aku

sumpah! suka gle pic ni..

dari sudut positive.. mereka akan berhenti merusuh bila masuk waktu solat.. korang rasa Malaysia ada cmni?? nak pegi konsert or tengok bola pon waktu asar, maghrib dah isya'  diabaikan


Rusuhan semakin dasyat. Macam-macam berita yang mencemaskan aku dengar hari demi hari.
Bermula dengan perintah berkurung.
Kekurangan bekalan makanan.
Banduan terlepas.
Kes rompakan dan pecah masuk rumah.
Kematian.
Kes rogol.
Balai polis dibakar dan airport tergendala.
Rakyat yang bawak kayu,parang.. senapang.

Bagi orang yang pertama kali mengalami situasi cmni kalo x takut aku x taw la. Bukan manusia namanya.
Kesian tengok muka aisyah yang cuak. Aku rasa dah ngeri dah tu nak datang Alexandria lagi haha.

Macam-macam arahan kami dengar
Orang ketuk rumah jangan buka
Tutup semua lampu
Kalo boley sendal pintu dengan kerusi
Paling x boley bla.. bersedia balik Malaysia!!
ahahahaha..x taw knapa rasa nak gelak.

Bagi student yang dah balik Malaysia, angpa beruntung. X perlu nak pikir "kerajaan nak hanta kita balik Malaysia x nih??'" "bila nak balik Malaysia??" "confrm ke brita yang ko dengar nih??"...arghhh.. pertanyaan-pertanyaan tu merimaskan aku. Sampai satu tahap, aku dah malas berfikir information tu betul ke x. Aku cuma ikut majoriti.

Jasadku masih di Alexandria, tapi hatiku di Malaysia. Anak mana yang sanggup terima panggilan yang berkali-kali daripada family yang risaukan dirinya.Sanggup ke anak tu nak dengar suara seorang ayah dan ibu yang x dapat tahan sebak bila buat panggilan. Tolongla percaya, laily shafariza masih selamat dan sihatnya di bumi Mesir ini.

Kadang-kadang aku nak hempuk je media massa yang menyebarkan berita-berita yang merisaukan family aku. Cmne nak menyedapkan hati mak bapak kalo kita ckap lain berita yang mereka dapat di Malaysia lain?? Mereka perlu faham, syarikat penyampaian pon ada agenda dorang tersendiri. Bukan semua berita tu tepat. 

Hati mereka dah penuh pengharapan agar anak mereka pulang ke tanah air. Walaupon orang lain kata keadaan dah semakin reda. Bagi aku, biarlah mak ayah aku jumpa aku dan lihat dengan mata dorang sendiri yang aku masih selamat. Aku x kan salahkan kerajaan Malaysia. Aku lebih percayakan takdir.



aku hanya mau melihat mereka tersenyum gembira


p/s: ayah aku x penah silap beza waktu malaysia mesir.. tp kalo dye dah call pukul 4 pagi time waktu aku tido makna hatinya betul-betul dah risau.. bersalahnya rasa.

suara si dia tadi dah kurangkan sikit rasa cemas aku. tima kasih sebab amek berat. aku sayang ko.

Aku rasa rakyat memang perlu bersuara apabila pemimpin tidak lagi menjadikan Islam sebagai asas pentadbiran. Peristiwa ni, memberi aku seribu satu pengalaman yang cukup bermakna dan mengajak aku berfikir dan terus berfikir..


kita perlu berfikir apabila melihat.. ye, kita perlu berfikir




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments