Cerita cekodok betik,aku dan org minyak

Satu hari, Kumar dtg kpd saya dan bertanya, "Kau pandai berlakon?". Saya geleng spontan, "Aku tahu kau pandai berlakon," katanya. "Sebab semua manusia adalah pelakon". Saya tersenyum lalu sengaja bertanya, "Jadi, siapa pengarahnya?"

"Tuhanlah, siapa lagi!" Katanya sambil ketawa dan berlalu pergi. Subhanallah!

Selalunya, Kumar mengambil tafsir Al-Quran saya dan dia baca maksudnya dalam Bahasa Melayu. Saya masih  ingat pd suatu hari Kumar bergurau dgn org yg cuba mgganggu saya, "Kau ni fasiklah," ujar Kumar kpd itu. Saya yg mendengar sendiri terkejut lalu bertanya, "Kamu tahu apa maksudnya?" Dia pun dtg ke meja saya dan mngambil kitab, "Ada dlm ini, saya baca."

Perasaan saya berbunga2. Dia pernah belajar tamadun Islam dan subjek2 Islam smsa di universiti dulu. "So, you are more 'Muslim' than me," pujiku lalu dia pun tertawa. Kemudian saban hari saya terlihat dia menonton video ketuhanan di internet.

Tidak semua di antara mereka yg dikurniakan hati yg lembut thdp kalam Allah spt Kumar. Namun, bgimana dgn hati mereka yg lain? Bagaimana hidayah Allah itu boleh sampai kpd umat Islam yg hanya menyimpan Islam di dalam poket masing2?

"Seperti mana Kami jadikan kamu satu UMAT PERTENGAHAN supaya kamu mjd SAKSI kpd umat manusia dan Rasulullah pula mnjd saksi ke atas kamu" (Al-Baqarah: 143)

Apabila kita berada di dalam situasi org tgah, kita berperanan sbg saksi yg mgetahui KEBENARAN sebagaimana seorg saksi di mahkamah. Bolehkah kita berpura-pura pekak, buta dan bisu apabila mjd saksi kpd org lain.

Jika anda tlh bersaksi bhw cekodok betik yg dijual di gerai Kak Piah itu sedap, pastinya anda tidak malu2 utk mempromosikan di fb, twitter, dan org sekeliling anda. Jika Kak Piah tweets sesuatu tntg cekodok betik, anda akan retweet. Anda juga share dan like semua status fb berkaitan cekodok betik Kak Piah.

Mengapa sampai begitu? Ya, kerana anda tahu betapa sedapnya cekodok betik itu dan mahukan semua org merasai betapa nikmatya rasa cekodok itu sebagaimana anda rasakan. Sedarkah anda, bahawa pd saat itu anda adalah 'umat pertengahan' di antara cekodok Kak Piah dan org di sekeliling anda?

Namun, mengapa bila disebut umat pertengah dalam konteks Islam atau dakwah, semua org geleng kepala seolah-olah sedang menolak ajakan promoter di tepi2 jalan?

Biarlah ustaz yg buat. Kami tak cukup ilmu. Kita jaga diri sudahlah.

Anda telah terserempak dgn org minyak yg sedang membersihkan dirinya di belakang semak rumah Haji Bedin. Maka, pd saat itu tahulah anda bhwa org minyak yg selama ini merosakkan kehormatan gadis2 kampung ialah Leman, anak tauke kicap pekat di kampung sebelah.

Pada saat Leman ditangkap, anda ingin tampil mnjd saksi wlupun anda bukanlah kenal sgt dgn Leman. Ini berlaku apabila anda mempunyai pengetahuan tntg sesuatu, maka anda mnyampaikan apa yg anda bersaksi pdnya. Walaupun anda tidak ada ilmu tntg keseluruhan hidup Leman.

Dan sekali lagi, mengapa? Kerana anda tahu, jika anda tidak mnyampaikan apa yg haq (kebenaran), kelak penjahat akan berleluasa dan boleh jd merosakkan adik, kakak, rakan malah diri anda sendiri.

Bayangkan kalau kerosakan berlaku kpd masyarakat jika anda tidak menyampaikan kebenaran tntg Leman. Ketahuilah..

"Mereka yg diazab neraka sentiasa mencari-cari org lain utk mnggantikan dirinya, sesiapa shja di muka bumi ini, sehingga mereka terlepas dr azab Allah." (Al-Ma'arij: 11-14)

'Ya Allah, dia tahu Leman tu org minyak tp dia tak bagitahu pun. Kami rosak kerananya! Salahkan dia, ya Allah.' (penduduk kampung)

'Ya Allah, kalau dia membiarkan aku ditangkap dhlu, tntu aku sudah bertaubat dan mnjd manusia yg lebih baik. Masukkan dia ke dlm neraka, ya Allah!' (Leman)

'Ya Allah, dia ni dulu ada dlm friendlist fb aku tp dia tak pernah nak beri peringatan. Azablah dia sekalu, ya Allah!'

'Ya Allah, aku jumpa dia hari2 dkt lecture, tapi tak pernah sekalipun dia mngajak aku ke arah kebaikan. Dia baik sorg2 siri je. Masukkan dia ke dlm neraka bersama kami, dan azab dia berlipat kali ganda, ya Allah!'

Bukankah ini sgt menakutkan? Ternyata, kita tidak boleh baik sendiri2. Islam itu bukanlah bersifat darwisy (mngasingkan diri). Rasulullah saw dan para sahabat tidak duduk diam di suatu tempat dan beribadah semata-mata.

Zalimnya org yg mnyembunyikan identiti Leman sbgi org minyak sbgimana zalimnya org yg tidak memberitahu tntg kelazatan cekodok betik kpd org lain dan melihat shj mereka makan cekodok kosong tnpa rasa kasihan..??

Tetapi siapakah yg lebih zalim drpd org2 yg membiarka manusia lain hidup meraba-raba dlm kegelapan krna mnyekutukan Allah?

Mereka umat pertengahan yg bisu, tidak meletakkan hak Allah pada tempatnya.

"Siapakah yg lebih baik perktaannnya drpd org yg mnyeru kpd mngesakan Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal soleh, sambil berkata sesungguhnya aku adlah dr org2 Islam yg berserah bulat-bulat kpd Allah." (surah Fussilat: 33)
Dan ingat lagikah kisah seekor burung kecil comel yg berusaha memadamkan api yg membakar Nabi Ibrahim as.dgn mnggunakan paruhnya yg kecil untuk mgangkut air. Sungguh tidak realistik difikirkan, mustahil dgn air yg sedikit itu mampu memadamkan api yg marak mnyala-nyala.

Namun burung itu sudah ada hujahnya di hadapan Allah di akhirat kelak, bhwa ia tlh melakukan tugas menegakkan haq itu semampu mungkin.

Apakah kita mampu memberi alasan spertinya utk melepaskan diri dr azab Allah?




-Auni Nur Fatin M.Zainal-









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments