Kegeraman melahirkan kekejaman

Pernah tak terjadi pada diri korang
Bila mana korang rasa geram or sakit hati dengan seseorang??
Kalo boleh time-time tu jugak nak bagi free kick kat dye
(sorry.aku lebih suka menggunakan kelebihan kaki berbanding tangan)
(tapi kelebihan lidah aku lebih sakit berbanding kedua-duanya)
huhu

Selalu je bende ni terjadi kat diri aku
Akan ada rasa perasaan nak tempiaskan perasaan marah yang membuak-buak tu kat fb or blog
Lagi-lagi kalo orang yang cari pasal dengan kita tu orang yang memang sedia maklum kita meluat kat dia
Kalo la tang-tang tu ada blog depan mata, habis semua dihemburkan
KESIAN ABANG BLOG!!

Tapi biasanya niat aku tu aku tangguhkan.
Seboleh-bolehnya time aku tengah marah tu aku jauhkan diri aku dari laptop.
Cari bende lain yang berfaedah yang boleh membuatkan hilang ketensionan tu.
Pegi la basuh tandas ke, jemur baju ke, pegi masak ke lagi bagus
Balik-balik perut kita gak yang kenyang
Instead kita pergi maki hamun orang tersebut di blog
Paling-paling kita dapat dosa memburukkan orang
Kebetulan plak membe yang follow kita tu knal siapa yang kita kutuk
Tak ke dapat dosa mengaibkan orang.
Dosa mengumpat tu dah ibarat makan daging saudara sendiri you all
(perghh rindunya nak makan daging..ada dekat 5 bulan aku x makan daging huhu.tetiba)

Then, apa yang aku rasa
Lama-lama perasaan marah tu hilang dengan sendiri
Boleh plak sayang gurau-gurau senda dengan orang yang kita marah before ni
Boleh tak bayangkan betapa menyesalnya kalo aku dah tulis macam-macam pasal keburukan orang lain
And then, suatu hari dia mintak mmaf dan berbuat baik dengan kita
Sedangkan sebelum ni kita dah publish dah post kutuk orang tu bagai 
Pergh, menyesal beb menyesal
Betul la kata someone ni
The internet, once you post it, that shit stays the forever
Ko delete balik pon tak guna sebab orang lain dah baca

Kesimpulannya, bersabar je la time marah tu
Belajar kawal perasaan
Lama-lama ok la
Ada kawan kan?
Pergilah cerita kat dia
Daripada emo sorang-sorang kat blog
Nak menagih simpati siapa??
Lu pikir la sendiri wok

p/s:  peace no war
p/s: bley je rupanya aku masak udang sambal tumis harini.biasanya x berapa jadi -_-"





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Abah

Pantang duduk sorang-sorang
Aku mula rasa nak menaip
Rindu kat abah meluap-luap bila semua orang  post pasal hari bapa

Abah,ingat x dulu
time kecik-kecik abah x penah pukul shafa
bila dah masuk tadika shafa dah reti merajuk
pastu abah pujuk sambil dukung cium-cium pipi

bila makin besar shafa dah pandai melawan
abah belikan rotan depan mata shafa
abah kata 'kalo adik nakal abah pukul pakai rotan ni'
tapi balik rumah shafa nyorokan rotan tu
so sampai sekarang shafa x merasa rotan tu
sori abah

abah selalu kata perut shafa sensitif macam abah
abah ingat x
abah sanggup berhenti makan sebab nak dukung shafa
sebab shafa nangis x tahan sakit perut sangat

setiap minggu abah bawak pegi swimming pool kat cheras
ajar shafa berenang dari kecik
pakaikan bikini bila mak x ikut
tapi sampai sekarang shafa x reti berenang
lembab kan shafa

abah tahu shafa hantu air
abah penah bawak shafa diam-diam pegi mandi swimming pool rumah dato' majikan abah
sebab dulu shafa penah mintak abah beli umah banglo ada kolam renang
sekarang shafa paham
abah x mampu, tapi abah sanggup buat apa sahaja bagi shafa happy

dulu time kita tunggu mak dalam kereta
abah selalu tanya soklan math kat shafa
hanta shafa pegi kelas arithmetic
tapi shafa nak masuk taaekwando abah x bagi
sebab abah kata tangan shafa pernah patah
xnak bagi patah balik

shafa pantang naik kereta
mesti tertido
shafa suka baring sebelah  abah depan tv
abah akan buka channel pasal haiwan-haiwan
sambil korekkan taik telinga shafa
sampai shafa tertido
abah akan dukung bawak naik bilik
kadang-kadang abah x tahu
shafa suka pura-pura tido!!

apa yang shafa nak semua abah bagi
walaupun shafa x berani nak mintak-mintak
tapi sekali shafa cakap abah akan tunaikan
baiknya abah

abah..
shafa rindu nak pegi taman klcc dengan abah
mandi sama-sama kat swimming pool macam dulu-dulu
x suka la jadi anak dara macam ni
segan nak manja-manja

abah tolong la jaga diri baik-baik
takut sangat abah maasuk icu dulu
20 hari plak tu
abah x pernah nangis teruk macam tu bila jumpa shafa kat hospital
doktor kata syukur abah x merokok
adik masih ada abah

abah, jarang sangat shafa cakap shafa sayang abah
apatah lagi mintak maaf
tapi bila shafa dah reti mintak maaf time raya haritu
abah nangis teresak-esak
mintak maaf abah
shafa sayang abah
shafa x reti tunjuk..

SELAMAT HARI BAPA








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Surat Cinta Untuk Future Wife (s)


Assalamualaikum

Kehadapan my future wife(s)

So, wahai my future wife(s)

I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.

I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?

Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.

My future wife(s),

I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.

Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.

My future wife (s),

You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.

Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?

I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bull****. So, don't trust them.


Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan


(just copying n spreading others' words...)


belum pape dah ada 'wife (s)'...nmpok nooo nak pasang bnyak channel..x bley buat jadi laki ni..hehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

LASKAR IMTIHAN

Tidak ada perjuangan di dunia ini, kecuali harus disertai dengan pengorbanan. Demi fikrah kita, janganlah engkau mempersempitkan pengorbanan, kerana sungguh ia memiliki balasan yang agung dan pahala yang indah.

-Imam Hasan Al-Banna-

Sudah lama rasanya blog ini terkulai layu, tandus daripada benih-benih ilmu.

Kelapangan masa yang diberi Allah bukan bermakna kita sebagai hamba-Nya perlu terus-terusan mengejar segala nikmat dunia (peperiksaan) semata-mata. Tetapi kelapangan yang diberi sebenarnya adalah medan untuk Allah menguji kita sama ada masih rindukah kita kepada-Nya..masihkan ingatkah kita kepada-Nya tatkala kita masing-masing sibuk mengejar gred "MUMTAZ", iaitu satu 'gred' yang mana miliknya juga adalah milik Allah.

Hatiku betul-betul terkesan setelah menghadiri satu program pada malam kemarin. Alhamdulillah, majlis itu menyedarkan aku bahawa kejayaan dalam peperiksaan itu bukanlah kejayaan hakiki. Peperiksaan sebenarnya adalah madrasah terbaik untuk dekatkan diri dengan Allah. Seperti mana yang kita tahu, Allah adalah pemilik segala kejayaan, maka Allah adalah motivasi yang terbaik untuk kita semua disaat ni. Tetapi berapa ramai di antara kita yang benar-benar menggunakan nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam itu untuk mengejar ganjaran tersebut.??

Kita mahukan Allah mengabulkan setiap doa kita, tetapi pernahkah kita BERKORBAN membantu ke jalan Allah??

Kita mahukan Allah memberi kejayaan yang cepat kepada kita, tapi adakah kita seorang yang solat di awal waktu?? (azan dah berkumandang tapi kita masih sakan membaca buku)

Cukupkah solat hajat, solat tahajud dan solat jemaah yang kita kerjakan untuk setanding dengan kurniaan yang bakal Allah berikan nanti??

Kegagalanku di masa lalu benar-benar membuatkan aku insaf. Kejayaan sebenarnya adalah daripada Allah..segala usaha yang kita lakukan adalah asbabnya sahaja. Sebab itu kadang-kadang manusia silap, mereka penat berusaha sehingga hilang kebergantungan kepada Allah. Mereka bergantung hanya pada usaha (kononya dah work hard), tapi tidak bertawakal, tidak yakin dengan pertolongan Allah.

Oleh itu rakan-rakan, marilah kita mentajdid niat. Ingat semula hadas kita diciptakan, iaitu hidup untuk beribadah dan mengejar mardhatillah. Insyallah, setiap kejayaan yang Allah beri nanti adalah dengan redha-Nya.

Video ini telah membuatkan saya terpanggil untuk share dengan anda semua. Hadam la dengan mata hati..selamat menonton!



"Pengorbanan itu adalah kunci kehidupan adalah sumber kekuatan..dan orang yang tidak berkorban tidak akan mengerti apa erti kehidupan."

"Pengorbanan adalah pengorbanan jiwa, harta, waktu, kehidupan dan segala sesuatu yang dipunyai oleh seseorang untuk mencapai matlamat."


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

 "To me, the ideal doctor would be a man endowed with profound knowledge of life and of the soul, intuitively divining any suffering or disorder of whatever kind, and restoring peace by his mere presence."


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kecewa

aku jumpa ni kat fb
jeng.. jeng.. jeng..


awk....percaya larh yunx saia cnte an awk....indu an awk.....dan syunx an awk.....
saia jnji akn jge rlationship itw ney cmpy ketemu nye jdoh kte...dan tlg jgn tgl an saia agy....
spt laky2 yunx pna tgl an saia...
lurve ur sow much bie..

Saia nax awak trime saia sbg teman hidup awak dgn ikhlas.



kalo aku jadi cikgu bm ko mesti aku kecewa
membazir ajar penggunaan ejaan dan bahasa dengan betul
malah kalo aku jadi ustazah ko aku rasa nak bunuh diri

adik..
zaman remaja zaman untuk kita belajar banyak perkara
jangan terlalu berharap sangat dengat laki pada usia muda macam ni
blaja pandai2 ok?!
pastikan awak x tulis macam ni lagi dah


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Our Secret Recipe

hai..tengah hari mcm ni memang study x masuk
pagi tadi sebelum pegi uni
aku ada buka page group jenan's debater kat fb
tetiba kerinduan datang menyapa
senior aku ada post something
betul-betul menusuk beb
apa yang dia kata semua betul
siapa debaters akan faham semua yang dia tulis ni

*dewa..mohon copy paste ek (^^,)

semua org tau tanpa a, b dan rakan-rakan lain tidak akan bermakna kerana adalah pemula. umum juga ketahui, tanpa b, a dan c terpisah dek kerana ruang yg ada. anda juga paham, tanpa c, a dan b tidak pernah akan ada penutupnya (kalau kita mahu susun ikut aturan)

cerita mudah ini memg ditanam dalam minda semenjak tadika (walaupun tak pegi tadika tp semua blaja standardize kan?).namun bila masa kita mula paham tentang keadaan saling melengkapi dan memerlukan?anda mahu cerita tentang kerjasama, tp brapa ramai yg tahu apakah itu tindakan yang melambangkan kerja bersama-sama?ramai org ckp mereka bersepakat, tapi bera ramai yg pernah menzahirkan keadaan muafakat?

soala-soalan mudah nie menyampaikan satu perkara, apakah benar anda paham dan menghargai benda yg ada disekeliling? - dengan keadaan yg palg senang, apakah anda hargai team anda?

bygkan dalam satu pasukan, perdana menterinya kureng sket berbanding teammate nye yg laen /@ 2nd yang kureng /@ 3rd yg kureng....apakah yg anda lakukan?ini pilihan anda :

1- bagi peluang...
2- tukar orang laen..
3- tak ambil kesah,asal ak dapat best speaker.

apakah pilihan anda?simpan dalam hati,anda yg lebih mengetahui diri empunya.
ad satu kisah,jadi pada 2009.kami berjuang..bermula dengan pemilihan team, senior berhak membentuk team kerana kami berlatih bersama-sama. maka untuk tournament itu, 3 pasukan perlu dibentuk. 1 senior  yg dipanggil team utama, dan 2 team junior A dan B. ak dimasukkan ke dlm pasukan A (A dan B x dikisahkan pun sgt ). ak merungut dan bertanya, kenapa mesti ak dimasukkan ke dlm team dgn mereka.boleh x ak tukar team? jawap senior - jgn ngade! (sentap!)

berlatih la siang dan malam kira2 sebulan.pergi ke tournament ini, senior dan junior bercampur gaul dalam pusingan kelayakan yg ada 6 sesi banyaknya...maksudnya..team senior mungkin lawan team junior sesama universiti atau lawan sesama sendiri daripada uni lain..hari pertama, 3 game. hanya menang satu..maka hari kedua,kami berdepan misi yg agak mustahil,iaitu perlu meng kesemuanya...alhamdulillah,rezeki merestui kami...layak ke suku akhir dengan juri,margin yg cukup2 makan. semasa suku akhir, barulah senior dan junior dipisahkan ke dalam liga masing2...maksudnya, junior hanya akan bertemu junior bermula suku hingga lah ke akhir... untuk layak ke suku, team yg berda di tempat 1 hingga 8 yg akan masuk. kami di tempat ke8..maknanya, akan bertemu pasukan junior plg kuat iaitu tempat 1 tuk suku...memglah terase ibarat telur di hujung tanduk...bila berbincang malam b4 lawan,kami pasrah.katanya,redah je esok.rezeki di pihak kami,syukur.ak mula rs confident.ak yakin sampai ke final...kerana sebelum sampai ke peringkat itu, banyak masalah yg timbul ( ak yg klasifikasi sebagai masalah)..ak sound teammate ak on the spot lau wat salah,ak rs ak yg bawak team sowg2..ak stress ( mujur  ketika itu dia ada)..hinggakan malam sebelum ke suku, salah sorg teammate ak menangis.mereka kata kami berjuang di suku tuk ko crab.dush-ak trase cam bawu kena baling batu dari tingkat 2.ak slalu salahkan mereka,sampailah satu match, mereka kalah disebabkan salah aku...kami hanya berjaya sampai separuh..

balik dr tournament, bile wat post moterm...ak ckp nk tukar team...tukar lah team..namun, hakikatnya,ak tak penah rasa best seperti mana ak bersama2 dgn team first aku..ak bertukar2 team, dan akhirnya, satu konklusi dicapai, sebenarnya, takde istilah salah individu.bairpun perdana menteri terslaah bukat kes, 2nd n 3rd bertanggungjawab..kerana korunk percaya dia jd P.M, dan korunk kena ikut dia jugak...sape suh korunk tak tlg dia bukak konsep! kalau 2nd takde hujah. PM DAN 3RD, totally bertnggungjwa, sape suh krunk x bincg n bg dia hujah!. kalau 3rd bidas cam bc berita, 1st n 2nd yg kena rasa macam nk terjun bangunan, sebab korunk yg akan dengar time die wat bidasa, sape suh tak tolong die bidas.

secara mudahnya, debat ialah cerita berpasukan.ak selalu berharap junior ak akan lebih baek dr aku.sampai ke final,korunk kena betul2 tahu ap lemah dan kuatnya korunk. latih dalam pasukan hingga sampai tahap bila pihak lawan ckp je, bgun 3tiga korunk tuk mencelah,same je pikiran korunk.susah?memg lah,sape kata debat itu mudah..jgn cerita tentang teori,konsep,bidasan,penggulungan...kalau dalam team pun tak ambil kesah.ak tulis ini bukan rencana,bukan buku,bukan konsep yg wajib diikut.ak cerita dan berkongsi kerana ak x mahu kesilapan ini diulangi. ak tak tahu adakah takdir atau pun kebetulan, jenan selalu terkandas di saat2 klimaks sesuatu perkara...anda sampai ke final-bagus.namun berusahalah untuk menang.kerana banyak pihak percaya pada anda.anda percaya pada diri sendir?




ikut hati aku nak balik malysia tengok junior2 aku
x dapat tolong banyak pon xpe
banyak lagi senior yang hebat 
=)

aku yakin
aura final tu semua debaters jenan mesti rasa
kami memang dah dididik, diajar, dibasuh (ha ha) untuk satu matlamat yang sama
dalam banyak2 pengalaman hidup aku
debat adalah kenangan terindah selepas umrah
kejayaan kami sebelum ini adalah yang kedua
UKHUWAH kami adalah yang pertama

xkan habis satu hari kalo aku nak cerita satu2 pengalaman aku jadi debaters kat skola
aku blaja fly sbb aku masuk debate
aku blaja lompat pagar aspuri sbb aku masuk debate
aku blaja lari dari pak guard sbb aku masuk debate
aku blaja curi masuk inglish room sbb aku masuk debate
kenapa aku x kesah??
sebab aku bersyukur
dunia perdebatan bnyak mengajar erti kerjasama berpasukan
susah senang sama-sama kena
dikritik dipuji sama-sama dapat
perkara pertama yang ajar aku erti kasih sayang
(aku gedik sekarang pon sbb debat hikhik)
lantak la orang nak kata mulut aku laser ke berapi ke hape ke
yang penting hati kami sama

laily rindu korang taw tak..
kembalikan gelaran perdana menteri wanita pertama kepadaku..





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

susah bila hati dah terlalu sayang
bende yang simple pon nak jeles
si perempuan terpinga-pinga x ketahuan
si lelaki cuba memahami
cinta jarak jauh sangat mencabar
xde kepercayaan habis la


aisyah dah nak balik malaysia
nanti semua sibuk nak upload pic la tu
huh!!

tolong la..aku rasa nak pegi FRIM dengan budak tiga orang tu
bed time story dengan donat
tunggu lagi 6 tahun
sapa bley wat aku sayang dia cam aku sayang diorang nih??
hehe

k la.nak study! bye

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments