Lintasan Akal

Aku tertarik dengan kata-kata kawan aku..

"kadang-kadang manusia boleh menjadi terlalu mendesak untuk mengharapkan orang lain berubah sebab dia tak paham.. dia sendiri tak pernah mengalami ZAMAN JAHILIAH tu.. jadi dia tak pernah merasa betapa perit dan susahnya untuk berkorban dan berubah.."

Sebab tu, dalam konsep dakwah itu berseni dan berhikmah.. dakwah adalah suatu bentuk keperluan untuk masyarakat sekarang tapi bukan dalam bentuk RIGID. Sehinggakan masyarakat sendiri takut dengar word 'dakwah' tu dan terus menjauhkan diri...

Kita tak nak bila seseorang itu kononnya dah 'basah'.. tapi bila dia tertekan dia balik semula ke zaman kegelapannya.. Nauzubillah min zalik.

Maka, dengan itu timbulnya isu bertudung.. orang yang 'faham' dan 'buat-buat faham' selalu meletakkan kesalahan dan mempertikaikan mengenai fesyen atau gaya bertudung yang tidak mengikut syariat. Sedangkan, kita seharusnya bersyukur sebab sekurang-kurangnya dia ada kefahaman tentang keperluan bertudung daripada tak paham apa-apa.

Apa yang merumitkan keadaan bila golongan ini ditekan dan terus ditekan.. lebih kesian orang yang ditekan baru sahaja memulakan penghijrahan.

Kita tak mahu orang yang belum lagi bertudung terus mematikan niat untuk berubah sebab mereka nampak Islam ini sebagai satu yang memberatkan. Baru nak belajar pakai tudung tapi dah disuruh beli tudung labuh menutup dada..jangan jarang! jangan singkat! jangan lilit2! jangan pin cmni..cmtu..

Bagi aku, anologi untuk menghidupkan kembali jalan Islam ni ibarat kisah arnab dan kura-kura. Masing-masing perlu sampai ke 'garisan penamat'. Apa yang membezakan ialah penggerak itu sendiri lambat atau cepat. Tapi yang lebih penting dua-dua tetap INGIN meneruskan perlawanan dan akhirnya sampai. Sweetkan Islam?  Tak membebankan.. cuma kadang-kadang yang memberatkan ialah manusia.

Memang tiada istilah ber'TANGGUH' dalam Islam.. tapi dalam Islam tiada istilah 'BERLARI' once kita dah insaf... =) Malah dalam proses kita boleh berlari itu sendiri kita kena tahu merangkak, bertatih dan berjalan kan..

Kita nak orang yang kita nasihat (dakwah) ikut cakap (firman) Allah..bukan ikut kita. Sekurang-kurangnya bila kita terjatuh dia ada untuk paut tangan kita..bukan turut serta terjatuh..

p/s: peranan kita sekarang adalah menyokong usaha murni sahabat-sahabat dan adik-adik kita..bukan mengkondem dan memaksa!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kerana Dirimu Begitu Berharga

Saat keputusan dihulurkan..

"Alhamdulillah hebat result anak ibu"

"Ni tak ada yang fail kan? Ayah cuma tidak mahu ada yang fail"

"Tak ada fail, tapi tengok tu, result Histology paling teruk! Kalau keluar ranking form ni, mesti saya tak dapat top ten. Result memang ok tapi tak cukup baguslah ayah.."

Keluhan daripada hamba yang tak reti bersyukur..

"Bila pula ayah suruh awak jadi yang terbaik dalam kelas? Ayah cuma nak awak jadi sebaik mungkin, setakat mana yang awak mampu. Tak perlu risau tentang orang lain."

err..

Setiap kali  keputusan peperiksaan dikeluarkan, memang situasi macam ni akan berlaku.. aku berani jamin.

Pelajar yang biasa tersenarai dalam top ranking akan sentiasa inginkan terus berada di atas..

dan pelajar yang kurang cemerlang gerun untuk menghadapi kegagalan.

Masing-masing berdoa memohan yang terbaik daripada-Nya.. Ibadat yang jarang dibuat pon akan dikerjakan saat musim peperiksaan. Amalan yang digalakkan baru sibuk nak buat, yang ditegah baru nak ditinggalkan..



Aku nak tunjuk yang pakwe dalam ni hensem.


Tapi bila saat keluar keputusan, berapa ramai yang bersyukur..?

Pelajar yang tak mencapai target mungkin sekadar redha.. yang mendapat keputusan luar jangkaan pula baru belajar nak sujud syukur.

Lebih teruk jikalau mereka fikir kejayaan diperoleh itu sebenarnya atas usaha sendiri..

Sebenarnya, semua berbalik kepada niat asal atas tuntutan menuntut ilmu itu sendiri. Jika kebergantungan diletakkan pada Allah, boleh jadi orang yang gagal itu sendiri yang bersyukur. Mungkin atas dugaan itu, memuhasabahkan dirinya untuk yakin dengan ketentuan Ilahi.

Kadang-kadang, tak perlulah kita gembira bila kita berjaya mengatasi orang lain, tapi seharusnya kita gembira bila berjaya mengatasi potensi diri sendiri dan berjaya memberikan usaha yang sehabis baik..

Alhamdulillah.. dan terima kasih kepada sesiapa yang doakan saya haritu !! ^^,

p/s: mungkin sistem pendidikan Malaysia yang berorientasikan peperiksaan (rangking) telah mendidik pelajar untuk terus bersaing mendapatkan tempat.. dalam masa yang sama ustaz ustazah lupa nak ajar muridnya erti nikmat dan syukur.


Sekolah Berasrama Penuh
Maktab Rendah Sains Mara
Sekolah Kluster
Sekolah Berprestasi Tinggi

benda apa tu??

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Aku Lambat

Buat pertama kali aku lambat tahu yang uni aku ada artis.

Orang lain yang kata dia artis, aku tak kata.

Aku tak berani nak habaq apa yang aku dengar pasal dia sebab aku kalo boleh nak face-to-face tanya dia sendiri. Boleh? hehe.

Cukup la kalo aku taw yang dia ni  ex-bf ASIS ngn dak PASUM..



Kalo uni negara lain boleh bangga dengan anwar hadi dan mat lutfi, at least aku boleh la bangga mesir ada dye ni haa.. =)

p/s: kalo bertembung dengan dia ni apa aku nak buat? haha (melawak ja ok!). Sekurang-kurangnya lepas aku dapat taw pasal dia xde la jadi stalker hebat macam kawan aku tuuu..haha. Sampi search and crop pic simpan dalam desktop bagai..




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Aku

sekarang
aku berjanji pada diri sendiri
untuk kembali berblogging

tak perlu takut pada tanggapan orang
aku adalah aku
yang org lain kena terima

nak tunggu baik baru nak buat entry baru
parah la!

jam menunjukan pukul 12.55 malam
waktu mesir
aku yang masih berlagak gagah menaip
sedangkan
dah cirit-birit dan nak muntah sebab perut berangin

empat jam perjalanan dari cairo
benci pak cik driver tu tak buka aircond
tapi
alhamdulillah sebab aku masih boleh bernafas
tu pon dah cukup bagus

aku rasa
kalo aku tak berada di sini..
ucapan alhamdulillah pon aku tak nak sebut
apatah lagi faham dengan kuasa kalimah itu.

sekian.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments