Kerana Dirimu Begitu Berharga

Saat keputusan dihulurkan..

"Alhamdulillah hebat result anak ibu"

"Ni tak ada yang fail kan? Ayah cuma tidak mahu ada yang fail"

"Tak ada fail, tapi tengok tu, result Histology paling teruk! Kalau keluar ranking form ni, mesti saya tak dapat top ten. Result memang ok tapi tak cukup baguslah ayah.."

Keluhan daripada hamba yang tak reti bersyukur..

"Bila pula ayah suruh awak jadi yang terbaik dalam kelas? Ayah cuma nak awak jadi sebaik mungkin, setakat mana yang awak mampu. Tak perlu risau tentang orang lain."

err..

Setiap kali  keputusan peperiksaan dikeluarkan, memang situasi macam ni akan berlaku.. aku berani jamin.

Pelajar yang biasa tersenarai dalam top ranking akan sentiasa inginkan terus berada di atas..

dan pelajar yang kurang cemerlang gerun untuk menghadapi kegagalan.

Masing-masing berdoa memohan yang terbaik daripada-Nya.. Ibadat yang jarang dibuat pon akan dikerjakan saat musim peperiksaan. Amalan yang digalakkan baru sibuk nak buat, yang ditegah baru nak ditinggalkan..



Aku nak tunjuk yang pakwe dalam ni hensem.


Tapi bila saat keluar keputusan, berapa ramai yang bersyukur..?

Pelajar yang tak mencapai target mungkin sekadar redha.. yang mendapat keputusan luar jangkaan pula baru belajar nak sujud syukur.

Lebih teruk jikalau mereka fikir kejayaan diperoleh itu sebenarnya atas usaha sendiri..

Sebenarnya, semua berbalik kepada niat asal atas tuntutan menuntut ilmu itu sendiri. Jika kebergantungan diletakkan pada Allah, boleh jadi orang yang gagal itu sendiri yang bersyukur. Mungkin atas dugaan itu, memuhasabahkan dirinya untuk yakin dengan ketentuan Ilahi.

Kadang-kadang, tak perlulah kita gembira bila kita berjaya mengatasi orang lain, tapi seharusnya kita gembira bila berjaya mengatasi potensi diri sendiri dan berjaya memberikan usaha yang sehabis baik..

Alhamdulillah.. dan terima kasih kepada sesiapa yang doakan saya haritu !! ^^,

p/s: mungkin sistem pendidikan Malaysia yang berorientasikan peperiksaan (rangking) telah mendidik pelajar untuk terus bersaing mendapatkan tempat.. dalam masa yang sama ustaz ustazah lupa nak ajar muridnya erti nikmat dan syukur.


Sekolah Berasrama Penuh
Maktab Rendah Sains Mara
Sekolah Kluster
Sekolah Berprestasi Tinggi

benda apa tu??

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

1 comments:

AmY LeYanA said...

wah, kerana diriku begitu berharga...tmbh ar skit, usia bkn sekadar rupa....