Kita Dah Tak Cukup Masa

Haritu abis kelas dalam pkul 3.30 petang. Balik uni terus pegi umah kawan buat notes. Dalam pukul 4.30 petang balik umah sendiri kemas-kemas barang sebab nak tido umah senior.Ada program qiamulail dan RnR kat rumah senior aku.


Malam tu  lepas iftar kitorang tengok muvie Kung Fu Panda. Siapa tahu filem katun sebegitu pon banyak moral dan pengajaran jika  kita lihat menggunakan mata hati.Apa yang aku dapat termasuklah kita kena obsess terhadap Islam, barulah kita ada perasaan bertanggungjawab untk DNT (dakwah dan tarbiyah). Kalo aku ada masa aku share dengan korang =)


Ikutkan memang penat.Tido pukul 11.30 malam, 2.30 pagi dah bagun.Tapi senior aku cakap umat islam sekarang dah xde masa!! Aku dengar pon takut. Tapi perkara tu memang betul pon. Umat Islam sedang jatuh. Pengharapan untuk bangkitkan Islam tu memang terletak kepada kita generasi pelapis. Jadi, sebarang pekerjaan yang kita lakukan ke arah kebaikan memang x boleh tangguh. TAK LENGKAP HIDUP AKU JIKA APA YANG AKU KEJAR HANYA LAH KEJAYAAN DUNIA!! Aku pulun lah belajar medic sampai ke titisan darah yang terakhir pon tapi hati aku kosong tetap  x guna. Sesiapa yang bantu ke jalan Allah, Allah akan mempermudahkan jalannya.


Sekarang, aku tak nak berkira dengan Allah. Penat lelah yang bakal aku tanggung adalah suratan takdir darinya. Dah tertulis aku dihidupkan untuk menjadi pelajar medic. Toksah dok mengeluh la kalo letih sikit. Kelapangan yang aku peroleh pula adalah rezeki darinya. Zaman remaja macam ni lah peluang untuk menambah pahala sebanyak mungkin. Ajal maut pula x tahu panjang mana. Kita nak Allah beri kejayaan yang cepat tapi solat pon lewat waktu..Camne??




Aku taw aku seolah x layak
nak membicarakan soal ni
tapi tolong beri aku peluang
at least di medium aku sendiri



K la. Nak sidai baju. Ntah dah bercendawan apa baju2 aku tu haha!


Jap. Kalo anda adalah saudara **** dan masih aktif membaca blog saya, saya nasihatkan awak berhentilah memainkan perasaan wanita di luar sana. Mungkin mereka nampak seperti lemah dengan ayat dan janji manis awak tu.Tapi saya ingatkan wanita zaman sekarang dah boleh berfikir bijak. Mungkin mereka pon sedang memainkan perasaan awak tanpa awak sedari. Sila la percaya pada hukum karma. Takut-takut keturunan yang bakal awak lahirkan nanti rupanya rosak disebabkan perangai huduh awak tu. Berubah la. Jangan terlalu ego disebabkan dendam kesumat atau peristiwa lampau. Semoga awak meninggal nanti pon dengan aman..Saya bahagia je dengan ijat..Jeles la.Jeles la =P

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kenduri Bacaan Yasin

Aku tengah dengar hot.fm
Bunyi seperti jakun bukan?
Memang pon
Ni first time kot aku dengar kat mesir setelah hampir 9 bulan kat sini
hu hu

Rindu plak lagu-lagu melayu
Rindu nak memekak dalam kereta
Pastu kena marah dengan anak sedara yang umur 3 tahun bajet 4 tahun tu
Kene kutuk dengan abah suara x sedap
Fine..

Jumaat lepas umah aku buat bacaan yasin
Semua berlaku secara spontan
Teringatkan birthday housemate aku sorang tu
Lagipon ktorang baru pindah umah
Sangatlah sesuai buat bacaan yasin sikit
Panggil rakan-rakan seperjuangan

Nak surprise punya pasal
Semua bende aku buat sendiri
Mengharapkan pertolongan kawan2 lain
Nak masak pon tumpang umah orang
Sumpah
Aku tak pernah berkorban sampai penat mcm ni demi rakan
Aku nak bersama dengan dia untuk enam tahun

Aku belajar bende baru di bumi mesir
Selain Allah, kita memerlukan support system yang lain
iaitu SAHABAT
Pentingnya kita menjaga adab sesama rakan
UKHUWAH juga boleh membawa ke syurga
InsyaAllah..

Aku x menyesal gagal
Baru aku kenal mana kawan mana lawan
Susah nak cakap
Tapi aku sayang semua kawan-kawan aku
Tak kira la laki perempuan
Harap persahabatan kekal hingga akhir hayat

Terima kasih yang buat aku bangkit semula
Terima kasih..


p/s: majlis tu sungguh meriah kot.makanan pon bley tahan..nasi minyak dengan ayam merah.Ok la kan.
rindu betul nak huuhaa huuhaa dengan member2..huhu

Sebenarnya aku rindu budak-budak jenan lagi..ermm



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Mungkin Belum Ada Rezeki

Kadang-kadang kita dah berusaha keras, tapi apa yang kita dapat seakan tidak berbaloi dengan apa yang kita usahakan.

Kadang-kadang kita dah yakin dengan apa yang kita lakukan, tapi keyakinan tidak cukup untuk mencapai kejayaan.

Kadang-kadang kita buat apa yang disuruh, kita tak buat apa yang dilarang.

Kadang-kadang kita happy, kadang-kadang kita sedih yang teramat.

Kadang-kadang kita BERJAYA, dan kadang-kadang kita GAGAL.

Hey laily shafariza labai, itu lumrah kehidupan la!!!

Terimalah..kita hanya hamba-Nya. Segalanya adalah ketetapan.

Kita dah lama menumpang dengan nikmat-Nya.

Tak kan baru diuji sikit dah mengalah??

Mungkin dengan kehampaan ini Allah nak hapuskan dosa lain.

Mesti adanya HIKMAH. HIKMAH. HIKMAH.

Muhasabah wahai rakan-rakan senasib.

Allah menguji hamba-Nya selayak dengan kemampuan mereka.

Bukankah Allah menyebut, setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan.

Percayalah..




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Bilik Tidur Saya Punya

Rindu nak menaip
Nak taip hape bila perasaan bercampur-baur??
Sebab tu malas wat entry baru
*sigh

Aku sekarang tengah sibuk nak pindah rumah
Bakal dapat satu bilik sendiri
Bilik tu kira besar bagi aku untuk tidur sorang-sorang

Aku x penah ada bilik tidur sendiri
Sebab umah aku kat malaysia x cukup bilik
So, selama ni aku tido dengan mak aku kalo abah keje malam
Kalo ayah aku x keje, aku still tido bilik tu jugak
ha ha
Padan muka abah aku

Time akak aku kat UIA, bilik dia kosong
Tapi aku kecik lagi
Konon nak ajar aku tido sorang2
Tapi nak tido mesti mak aku bobok
Bila aku dah tertidur baru mak aku boleh buat keje lain
Pkul 3 pagi terbangun, ketuk bilik mak abah
Orang kata, terjaga pukul 3 pagi mesti nampak hantu.
Buduh punya shafa!

Bila akak aku dah abis master
Kene tido dengan dia pulak
Tapi bila dia pun takut, ktorang semua tido bilik mak abah
ha ha



Aku excited dapat bilik baru..tapi malas nak tunjuk enn.terharu pon ada, 1st time bilik sorang *jakun.


Perkara tu berlarutan sampai sekarang
Walaweyhh..19 taun dah kot!!
Aku x pernah tido sorang
Duduk asrama memang xde harapan nak bilik sorang la kan
Ko ingat ko anak raja???
Keturunan raja yang masuk sbp pon tido ramai-ramai

So, ni first time aku akan dapat bilik untuk aku sorang SAHAJA!
Aku x taw la aku berani ke x ni
Tapi aku rasa ok kot enn
Eh, xde2
Sapa kata aku takut
Aku berani orangnya
ha ha
X caya sudah



siot.rindu mak tetiba ..=(
akak aku yang penakut tu pon aku rindu
husna anak sedara aku yang 3 tahun tu pon aku rindu jugak
husna, maksu halalkan segala kesakitan hati dek kerana tangisan ko yang seperti mahu meruntuhkan dinding bilik umah kita tiap-tiap malam tu
kerana kenangkan dikau masih bayi kala itu
tangisan kau dah menjadi halwa telinga maksu
kira boleh la gantikan bobokan mak tuk
halal.halal
nanti maksu bawak balik adiah besar untuk husna raya ni
husna nak adiah besar kan??
tapi kalo husna nangis lagi malam2,
maksu x bawak balik adiah dah pasni
mungkin x balik malaysia langsung
nampak x betapa seriusnya maksu??
ha ha


aku rindu ijat jugak. dia bagi lagu just the way u are.
kalo dye betul-betul maksudkan, aku sangat la hargai beliau.
ishh..rasa cam jatuh cinta lagi malam ni =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments