REVOLUSI DI MESIR : Jiwaku Merusuh

Aku rasa satu dunia dah tau cite ni. Jadi aku malas nak elobrate panjang-panjang. Baik korang google or baca daripada sumber-sumber yang lebih sahih daripada baca informasi dalam blog aku nih. Sebabnya, apa yang aku nak tulis lebih kepada pengalaman seorang pelajar yang masih terkandas di bumi Mesir ni. Makkkkkkk nak balik Malaysia!!!

Seminggu kerajaan Mesir potong intenet. Baru beberapa jam yang lalu dapat balik. Ckup la potong internet, line telepon pon dorang sekat. Tima kasih la sangat!! Sekurang-kurangnya dorang x potong bekalan air dengan elektrik skali huhu. Mau hati gua x parah seminggu ni. Dah la internet sumber utama aku contact orang tersayang di Malaysia dan negara lain. 

Hari pertama start rusuhan, x silap aku 28hb iaitu 2 hari selepas exam final sem 1 aku. DAN, haritu juga aisyah sahabat aku dari Jordan datang. Kononnya nak datang melancong kat Alexandria. Hamek ko!! melancong la sangat. Datang melawat orang mesir merusuh semata-mata ada la. Kesian beliau. Sampai je beliau kt umah aku, x brapa lama lpas tu orang-orang alex dah start merusuh. Syukur.. selamat sampai rumah sebelum tiba masanya. Rasanya kalo x sempat haritu, silap-silap aku dengan aisyah merusuh skali kat jalan tu sampai depan rumah ktorang.

Satu hari tu ktorang menghabiskan masa dekat balkoni rumah sambil menyaksikan gelagat orang tunjuk perasaan. Time tu rakyat Alexandria masih sopan lagi. Belum nampak sebarang tanda keganansan. Aku cuba bayangkan diri aku rakyat Mesir time tu. Daripada cara dorang melaungkan sorakan "turun ko ya Hosni Mubarak!!" (lebih kurang cmtu la) aku rasa aku boleh 'ter'join. Siyes, sangat kagum dengan semangat dorang.

*Tetiba cam nak bandingkan rusuhan kat Mesir dengan di Malaysia. Tp, kena tukar ayat sikit la.."turun ko ya Najib!!" hahaha..x..x.. (sambil geleng-geleng kepala)

Rupanya, kesopanan tu hanya pada siang hari pada hari pertama.* Ceit, baru nak puji dorang ni merusuh cara berhemah. Maka, bermula la episode cinta terkandas rakyat Mesir dan Perdana Menteri mereka. Saksikan olehmu wahai sang hujan...





ibarat uje cakap "lautan manuusia..lautan manusia.. Allahu akhbar!"



bunyi kereta kebal masih terngiang2 kat telinga aku

sumpah! suka gle pic ni..

dari sudut positive.. mereka akan berhenti merusuh bila masuk waktu solat.. korang rasa Malaysia ada cmni?? nak pegi konsert or tengok bola pon waktu asar, maghrib dah isya'  diabaikan


Rusuhan semakin dasyat. Macam-macam berita yang mencemaskan aku dengar hari demi hari.
Bermula dengan perintah berkurung.
Kekurangan bekalan makanan.
Banduan terlepas.
Kes rompakan dan pecah masuk rumah.
Kematian.
Kes rogol.
Balai polis dibakar dan airport tergendala.
Rakyat yang bawak kayu,parang.. senapang.

Bagi orang yang pertama kali mengalami situasi cmni kalo x takut aku x taw la. Bukan manusia namanya.
Kesian tengok muka aisyah yang cuak. Aku rasa dah ngeri dah tu nak datang Alexandria lagi haha.

Macam-macam arahan kami dengar
Orang ketuk rumah jangan buka
Tutup semua lampu
Kalo boley sendal pintu dengan kerusi
Paling x boley bla.. bersedia balik Malaysia!!
ahahahaha..x taw knapa rasa nak gelak.

Bagi student yang dah balik Malaysia, angpa beruntung. X perlu nak pikir "kerajaan nak hanta kita balik Malaysia x nih??'" "bila nak balik Malaysia??" "confrm ke brita yang ko dengar nih??"...arghhh.. pertanyaan-pertanyaan tu merimaskan aku. Sampai satu tahap, aku dah malas berfikir information tu betul ke x. Aku cuma ikut majoriti.

Jasadku masih di Alexandria, tapi hatiku di Malaysia. Anak mana yang sanggup terima panggilan yang berkali-kali daripada family yang risaukan dirinya.Sanggup ke anak tu nak dengar suara seorang ayah dan ibu yang x dapat tahan sebak bila buat panggilan. Tolongla percaya, laily shafariza masih selamat dan sihatnya di bumi Mesir ini.

Kadang-kadang aku nak hempuk je media massa yang menyebarkan berita-berita yang merisaukan family aku. Cmne nak menyedapkan hati mak bapak kalo kita ckap lain berita yang mereka dapat di Malaysia lain?? Mereka perlu faham, syarikat penyampaian pon ada agenda dorang tersendiri. Bukan semua berita tu tepat. 

Hati mereka dah penuh pengharapan agar anak mereka pulang ke tanah air. Walaupon orang lain kata keadaan dah semakin reda. Bagi aku, biarlah mak ayah aku jumpa aku dan lihat dengan mata dorang sendiri yang aku masih selamat. Aku x kan salahkan kerajaan Malaysia. Aku lebih percayakan takdir.



aku hanya mau melihat mereka tersenyum gembira


p/s: ayah aku x penah silap beza waktu malaysia mesir.. tp kalo dye dah call pukul 4 pagi time waktu aku tido makna hatinya betul-betul dah risau.. bersalahnya rasa.

suara si dia tadi dah kurangkan sikit rasa cemas aku. tima kasih sebab amek berat. aku sayang ko.

Aku rasa rakyat memang perlu bersuara apabila pemimpin tidak lagi menjadikan Islam sebagai asas pentadbiran. Peristiwa ni, memberi aku seribu satu pengalaman yang cukup bermakna dan mengajak aku berfikir dan terus berfikir..


kita perlu berfikir apabila melihat.. ye, kita perlu berfikir




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

5 comments:

Qid said...

weh.
tunggu aku datang selamatkan korang weh.
jage diri baik2,aku sampai mimpi2 korang kat sane weh.
sedihnye.
aku tau kau selamat.
siap sedia balik malaysia!

Laily Shafariza said...

hehe baik puan!!
siap sedia karpet HIJAU!!

luvly mya said...

aku risau gila bila dengar pasal rusuhan tu.pikir kau ngan aisyah kat sana. take care. hehe

Laily Shafariza said...

hehe.. aku baik2 je weyh..
dun wori la yank..

nuraisyah zamshari said...

wet..aku baru bce post ni...
ralat: muka aisyah x cuak kay!!aisyah maintain je...haha..