Dosa Yang Meresahkan

Macam tak percaya plak tetiba rindu kat blog sendiri
Bukan malas nak update
Tapi rumah xde internet
Mengharapkan rumah kawan

Sebenarnya hari ni dah masuk hari kedua kuliah untuk sem 3
Huhu sekejap je rasa
Rasa macam baru je lepas balik Tanta uruskan orientasi adik-adik junior
Walaupun penat tapi ukhuwah yang dibina tak akan ternilai harganya

Haritu, lepak rumah kawan ada terbaca buku beliau
Buku tersebut menceritakan mengenai "Dosa Yang Meresahkan"
Sangat berminat untuk dikongsikan bersama kalian semua
Sorry la. Rasa sangat skema sekarang
Perubahan hormone mungkin.

"Dan sesiapa yang berpaling daripada peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit".
(Surah Taha 20:124)

Ketika seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w "Apakah itu dosa?". Rasulullah menjawab bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan hatimu..

Kenapa hati berasa resah?

Ini kerana fitrah manusia tetap menyukai kebaikan dan membenci kejahatan. Oleh sebab itu, apabila seseorang melakukan kejahatan, dia sebenarnya bukan sahaja menentang Allah tetapi juga MENENTANG FITRAHNYA SENDIRI.

Dari segi perubatan pula, hati yang tidak tenang akan menyebabkan degupan jantung dan tekanan darah menjadi tak menentu. Dan akhirnya, kesan pengaliran darah dan sistem penghadam terjejas.

Ahli falsafah terkenal Plato berkata "Kesalahan ahli perubatan ialah cuba mengubat tubuh badan tanpa mengubat fikiran. Sedangkan fikiran dan jasad adalah satu dan tidak harus dirawat berasingan"

Ummphh..

Puncanya ialah disebabkan CINTA DUNIA. Jika ditanya kepada orang lelaki, puncanya dua, iaitu WANITA dan WANG. Jika ditanya kepada wanita pula, puncanya ialah kerana terlalu berusaha menjaga hubungan dengan pasangan, terlalu mengambil serius terhadap persepsi orang lain, dan bekerja kuat untuk mendapat pengiktirafan majikan.

Mungkin sebab ini juga perempuan selalu dikaitan dengan stress dan suka emo kot kan? Sebab terlalu fikirkan apa orang lain akan kata huhu.

Akibat cinta dunia yang keterlaluan, orang sering takut kehilangannnya dan bermati-matian memburunya.

Dunia yang sepatutnya hanya diletakkan di tangan, telah diletakkan di hati. Sedangkan hati manusia yang satu tidak akan mampu menampung dua cinta. Jika cinta dunia telah menguasainya, cinta Allah akan terpinggir.

Hal ni boleh diibaratkan seperti orang yang meminum air laut, semakin diminum semakin haus. Tak akan puas dan bersyukur dengan apa yang ada. Yang tidak mendapat akan mudah berputus asa dan menderita. Yang sudah mendapat apa yang dikehendakinya tidak akan pernah puas dengan apa yang ada dan turut menderita.

Oleh sebab itu juga, ramai selebriti Barat yang kaya dan ternama hidup merana dengan rasa kekosongan, kemuraman dan kesunyian yang mencengkam jiwa. Sehinggakan tercata boredom (kebosanan) sebagai pembunuh no.1 di A.S.

p/s: Membe aku pernah cakap, kalo nak taw apa yang kita buat tu betul atau salah tengok hati kita. Kalo rasa x sedap hati dan rasa bersalah je memanjang, maknanya apa yang kita buat tu salah la. Senangkan kan =)


                                                                                                         -Pahrol Mohamad Juoi-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

3 comments:

Nurul Idayu said...

sangat interesting entry ni..tenkiu laily~

Idoeng Si Burhanuddinsanjayarabatrabani said...

aku suka sama blog awak... Terimakasih

Idoeng Si Burhanuddinsanjayarabatrabani said...

aku suka sama blog awak... Terimakasih