Ingatkah kau??


Ingatkah kau ketika kau sedang solat?
Apabila kau solat kerana untuk mengelakkan diri kau dari dihukum atau dimarahi ibu bapa kau?
Atau untuk dilihat sebagai budak surau yang rajin solat?
Atau untuk memastikan gadis-gadis atau jejaka-jejaka memandang kau sebagai seorang yang boleh dibuat pasangan hidup...??


Ingatkah kau ketika kau sedang berpuasa?
Apabila kau sedang berpuasa fardu mahupun sunat untuk mengelakkan diri kau dari dihukum atau dimarahi ibu bapa kau?
Atau untuk memastikan berat kau tidak bertambah..?? 
Atau untuk menjimatkan duit demi membeli iPhone mahupun BlackBerry..??

Ingatkah kau ketika kau sedang bersedekah?
Apabila kau bersedekah semata-mata untuk dianggap sebagai seorang yang mempunyai belas kasihan?
Atau untuk menutup malu kerana kau terlihat rakan kau menderma dengan jumlah yang banyak?
Atau untuk memberitahu kepada orang ramai bahawa kau mampu menderma kepada fakir miskin??

Ingatkah kau ketika kau sedang menaip ayat-ayat al-Quran di status facebook?
Apabila kau menaip ayat-ayat al-Quran semata-mata untuk mendapat "Like"?
Atau untuk memastikan rakan-rakan kau tahu bahawa kau menghafal setiap ayat di dalam al-Quran?
Atau untuk menambat hati si dia yang layak digelar 'Ustaz' dan 'Ustazah'..??

Ingatkah kau ketika kau sedang mengulangkaji buku-buku Module 4?
Apabila kau mengulangkaji pelajaran semata-mata kerana disuruh oleh kedua ibu bapa kau?
Atau untuk menjadi seorang doktor yang kaya raya semata-mata?
Atau untuk menjadi seorang yang dianggap rajin dan 'star' oleh rakan-rakan kau?

Ingatkah kau ketika kau mencintai seseorang?
Apabila kau mencintainya kerana kecantikannya atau kekacakannya?
Atau kau mencintainya kerana kelunakan suaranya atau sifat maskulinnya?
Atau kau mencintainya lebih dari cinta kau terhadap Allah..??




p/s: sekadar sharing..aku agak tersentap baca..bagaimana dengan korang?? pengajaran hari ini..ikhlaskan diri bukan perkara mudah huhu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments