KETAKUTAN MEREKA

PEPERANGAN YANG BERLAKU DI ANTARA RAKYAT PALESTIN DAN ISRAEL BUKAN SAHAJA TELAH MENINGGALKAN KESAN-KESAN KEHANCURAN INFRASTRUKTUR NEGARA, TETAPI JUGA KESAN PSIKOLOGI DAN SOSIAL YANG SANGAT HEBAT PADA RAKYAT ISRAEL YANG MENDUDUKI TANAH MILIK PAKYAT PALESTINE SECARA HARAM.

Kesan itu terlihat bermula dari peningkatan angka kes cerai, matinya kreativiti dan inovasi rakyat di negara tersebut, sehinggalah meningkatnya jumlah rakyat Israel yang meninggalkan tanah Palestin.

Semenjak tercetusnya intifadah, kes perceraian di Israel mengalami peningkatan yang drastik. Di dalam sebuah laporan yang diterbitkan oleh the Central Bureau of Statistic (CBS), dinyatakan bahawa sebanyak 60% daripada pasangan Israel yang tinggal di kem-kem pendatang asing di atas tanah Palestin mengalami kes perceraian. Pada tahun 2002, dicatatkan bahawa terdapat 30 000 pernikahan dan pada masa yang sama terjadi 10 000 kes perceraian. Ini bermaksud, 1 daripada 3 pasangan yang berkahwin, berakhir dengan perceraian.

Harian Maaref, sebuah akhbar dalam bahasa Ibrani juga menceritakan betapa dasyatnya keadaan kes perceraian di Israel tersebut melalui kisah tiga orang wanita. Seorang wanita Israel menyatakan sebab perceraiannya adalah kerana kesan psikologi buruk yang dialami suaminya. Ini bermula semenjak suaminya menyaksikan serangan berani mati pejuang Paletin yang berlaku di Tel Aviv."Selepas peristiwa itu, suami saya tidak pernah tersenyum dan selalu sahaja murung. Kami seringkali bertengkar mengenai perkara yang remeh dan akhirnya kami memeutuskan untuk bercerai."

Seorang lagi wanita Israel, Hana menyatakan, "Suami saya merupakan seorang peniaga pasar. Dia kehilangan pekerjaan akibat daripada serangan berani mati seorang pejuang Palestin di pasar tersebut dan menyebabkan pasar itu terpaksa ditutup. Suami saya kehilangan mata pencariannya, dan setelah itu, hidup kami sentiasa dilanda pergolakan dan krisis, sehingga akhirnya kami memutuskan untuk bercerai."

Seorang lagi wanita lain, bernama Manweila yang juga telah bercerai dengan suaminya mengatakan, "Saya berkahwin sejak dua tahun setengah yang lalu bersama seorang lelaki warga asing timur Eropah. Tetapi, disebabkan meningkatnya serangan berani mati oleh pejuang Palestin di Israel, beliau meminta saya untuk berpindah  bersamanya ke Eropah. Namun, saya menolak. Saya mahu menunggu turunnya al-Masih di sini, di tanah kelahiran saya. Oleh itu tiada kesepakatan antara kami, akhirnya kami memutuskan untuk bercerai."

Kesan psikologi mereka tidak hanya terhenti di situ. Menurut majalah mingguan Israel, Zaman Tel Aviv menyebutkan bahawa, serangan pejuang Palestin telah menyebabkan berlakunya peralihan hobi di kalangan golongan muda Israel. Majoriti di antara mereka lebih gemarkan permainan yang berunsurkan kekerasan sehingga melibatkan pertumpahan darah. Perubahan tersebut juga melihatkan golongan terpelajar juga semakin cenderung kepada pertengkaran dan pergaduhan.

Hakalip Harzaq, yang bermaksud anjing kuat  adalah antara permainan yang digemari oleh pemuda Israel. Cara permainannya adalah setiap pemuda membawa anjing pemeliharaannya yang kemudian dilagakan secara bergilir-gilir dengan anjing-anjing yang lain. Anjing yang berjaya melukai lawannya, akan diumumkan sebagai pemenang dan pemiliknya akan memperoleh wang kemenangan sebagai hadiah.



Dari sudut lainnya, pawagam-pawagam di Israel juga lebih banyak menayangkan filem-filem komedi. Ini adalah salah satu usaha Israel dan pengarah-pengarah filemnya membantu rakyat mereka untuk berasa tenang dan kurang khuatir terhadap serangan dasyat pejuang Palestin. Namun begitu, salah seorang pemerhati filem menafikan bahawa usaha ini dapat menghiburkan penduduk Israel yang mengalami gangguan psikologi. Amous Landyn, pemerhati dan penganalisis filemf-filem Israel mengatakan bahawa filem komedi tidak cukup untuk menghilangkan rasa takut. Katanya, filem hanyalah rekaan semata-mata namun tidak dapat digunakan untuk menenangkan perasaan resah dan takut yang dialami seseorang.

Ketakutan Israel lebih terserlah lagi jika dilihatkan kepada  angka penduduk yang telah meninggalkan bumi Palestin. Bancian data di Israel telah menunjukkan bahawa, pada tahun 2003 seramai 23 500 warganegara Israel telah meninggalkan Jerusalem.Banyaknya pendatang Israel ke Jerusalem adalah disebabkan desakan orang-orang yahudi yang tetap membuka pintu bagi orang Israel di Jerusalem dengan menanamkan doktrin bahawa Jerusalem itu merupakan tanah suci mereka.


Jelaslah bahawa, walaupun para pejuang Israel merasa gembira dengan penjajahan dan penaklukan mereka ke atas tanah dan rumah rakyat Palestin, namun kegembiraan itu tidak membawa kebahagiaan dan ketenangan buat mereka. Para pejuang Palestin yang tegar tidak akan pernah duduk diam dan berehat dalam membebaskan tanah air tercinta. Sungguh Allah pasti akan membantu orang-orang yang beriman.

sumber: majalah Daarut Tarbiyah, Isu Perdana

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments