HAMBEK KO LAILY!!

Dia lebih gemar bercakap tentang keindahan hidayah yang dia dapat berbanding membantu orang lain mencari hidayah.

Dia dapat nikmat tarbiyah, nikmat kesedaran kewajipan berdakwah, tapi dia dustakan nikmat itu. Dia berlengah lengah, dia mengambil rukhsah. Dia enggan berkorban masa tenaga dan harta.

"Facebook kan sudah cukup? Blogging? Jihad internet tahu?"

Dia puaskan hatinya dengan alasan sebegitu. Syaitan juga tertawa sambil menghiasi futurnya.

Dia canangkan kepada dunia teori teori dakwah nya. Fikrahnya mungkin pekat, tapi amal? Tidak pernah terlihat.

Dia berpuas hati dengan usrahnya. Binaannya sudah melekat, fikrah semakin likat.
Dakwah fardhiyah yang satu ketika dahulu dia sangat zahirkan, akhirnya hanya menjadi bualan bualan dalam bulatan. Baginya, mutarabbi yang sudah ditangkap dan dibentuk tak perlu lagi didakwah fardhiyah. Tiba masa untuk hanya mewarisi fikrah.

Dia kadang kala giat beramal, memenuhi kemahuan mutabaal amal mingguan. Setiap hari yang baru dia berazam untuk menjadi sebaik baik hamba tuhan. Hatinya gembira bila lihat mutabaah amalnya terisi; qiam, jemaah, hafazan, tilawah, dhuha, riadah, sadaqah, saum, tafsir, bacaan, mathurat dan zikir.

Dia suka, namun terus menganugerahkan diri dengan imbalan maksiat. Dia kembali menonton drama drama dan filem, dia mendengar lagu lagu jahiliyah, tak lekang dengan games dan manga, dan semua itu kerana dia mahu menganugerahkan dirinya yang sudah petah mengisi mutabaah amal.

Ya, dia tutup amal amal ibadahnya dengan amal amal lagha.

Dia juga gemar bercerita fasal ukhuwah. Ukhuwah yang katanya teras kegemilangan. Ukhuwah yang tak terbeli dengan jutaan ringgit, ukhuwah yang mahal.

Taaruf baginya hanya bila di program program umum. Ketika itu hanya layanan kepada mereka yang ingin dikenali. Dia lupa urgensi taaruf dengan pakcik bas, dengan pakcik pengawal, adik penjual ikan, abang pasar raya. Dia lupa asas dakwah yang dibacanya di kitab kitab lama.

Dia daie, dia juga seorang manusia. Dia menangis, dia juga kadang kala ketawa.

Namun sebaik baik kita, adalah yang memberi manfaat kepada manusia.

Moga aku beramal. -Copy and paste-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

1 comments:

lisa azelan said...

mmg takleh ek tgk movies/drama , dgr lagu? even if it gives pengajaran atau motivasi? just wondering .... cos i never seem to grasp that point of cutting terus all entertainment :)