Apakah Aku Paham?


Satu pengisian yang hebat!

Syukurlah Allah masih memberi kami kekuatan untuk mengembara bumi Cork di siang hari dan duduk berkumpul pada malamnya untuk mendengar satu pengisian yang saya katakan tadi cukup hebat!

QAEDAH SULBAH

Dua patah perkataan yang seakan-akan baru pertama kali saya dengari. Mungkin selama ini pernah dengar, cuma hati ini tak cukup selami.. atau mungkin tahu ia satu kaedah yang diguna pakai pada zaman nabi, tapi x sedar apa signifikannya.

Qaedah Sulbah adalah satu elemen penting dalam jemaah. Dalam istilah lain ia bertindak sebagai prime mover, atau kumpulan elit atau think-tank. Sesebuah jamaah memerlukan kumpulan ini untuk melancarkan gerak kerja sesebuah gerakan sama ada gerakan Islam atau mana-mana gerakan sekalipun.

Malahan, Nabi Muhammad juga mempunyai core-group yang membantu baginda dalam melancarkan gerak kerja menyebarkan dan mempertahankan Islam.

Siapa yang tergolong dalam Qaedah Sulbah pada zaman nabi?

Mereka terdiri daripada 313 orang penduduk Mekah atau para sahabat yang terawal memeluk islam. Atau dengan kata lain, mereka yang merupakan antara 3 % daripada penduduk Mekah ketika itu. Islam mereka bukan sekadar islam pada nama, tapi islam mereka atas dasar aqidah yang kukuh.
Qaedah bermaksud pasak/dasar/kepimpinan. Sulbah pula bermaksud tulang belakang. Tulang belakang adalah tulang terpenting dalam tubuh badan manusia. Apabila tulang belakang bengkok atau rosak, maka ia memberi kesan yang kurang baik pada kesihatan. Maka, tulang belakang yang baik adalah paksi kekuatan.
Begitu juga kesimpulan kepada sesebuah gerakan. Gerakan tidak akan mampu menjadi energetik sekiranya mereka tidak memiliki kumpulan ‘tulang belakang’ yang berfungsi dalam rangka yang sebetulnya.
Mari kita belajar daripada sejarah yang pernah berlaku dalam Perang Hunain.

Perang Hunain berlaku antara Umat Islam dengan Kafir dari puak hawazin di Thaif. Umat Islam ketika itu terdiri daripada umat Islam Kota Madinah dan Kota Mekah yang baru masuk Islam selepas peristiwa Fathul Mekah. Peperangan ini melibatkan tentera Islam yang agak ramai iaitu 12,000 orang iaitu 10,000 dari umat Islam Madinah dan 2,000 umat Islam Makkah.  Pada zaman itu, tak pernah ada tentera sebesar itu di Tanah Arab.
Tapi, kekuatan jumlah mereka inilah yang menjadi penyebab kekalahan umat Islam pada peringkat awal. Mereka berasa selesa dengan kedudukan mereka dan menyebabkan mereka terlupa untuk mengatur strategi perang bagi mengalahkan tentera musyrikin.
Pada peringkat awal kekalahan itulah yang menyebabkan ramai di antara tentera Islam yang berniat untuk melarikan diri dari medan perang. Hal ini kerana para sahabat yang baru memeluk Islam selepas Fathul Mekah memiliki keimanan yang masih belum teguh. Dalam keadaan kelam kabut tu, Rasulullah melaungkan, “Hai Pembela Allah dan Nabi-Nya! Aku hamba Allah dan Nabi-Nya dan aku keturunan Abdul Mutalib!”. Laungan Rasulullah SAW tidak didengari dek kekalutan waktu itu. 

Lalu baginda meminta Saidina Abbas yang mempunyai suara yang lantang untuk melaungkan, “Hai Ansar yang menolong Nabi-Nya! Hai kaum yang membai’at Nabi di bawah pohon syurga! Kemana kamu akan pergi? Nabi berada di sini!” Saidina Abbas melaungkannya dengan berulang-ulang.

Mendengar laungan Saidina Abbas itu, sahabat-sahabat ini tersedar dan kembali kepada Rasulullah.  Mereka kembali untuk menyusun kembali barisan peperangan mereka, dan Alhamdulillah mereka telah berjaya mengalahkan pihak tentera kafir dalam masa yang singkat.

Persoalannya, siapa tiga golongan yang dipanggil oleh Rasulullah?

Meraka inilah lah golongan hard-core dalam Qaedah Sulbah iaitu:
  1. kaum kerabat nabi
  2. para sahabat dan
  3. kaum Ansar



Pengalaman dan pemilikan aqidah yang mantap telah menetapkan jiwa mereka untuk berjihad teguh dalam jalan Allah. Mereka ini lah yang telah ditarbiyahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w selama 13 tahun, dan mereka inilah yang telah melalui pengalaman diseksa teruk dan dipulaukan sebelum umat-umat yang lain. Sebab itu, tidak pelik mengapa mereka boleh kembali dalam barisan peperangan dan terus menentang musuh sehingga peroleh kemenangan.

Jadi, apa signifikannya Qaedah Sulbah untuk diaplikasikan pada umat zaman sekarang?

Qaedah Sulbah telah menekankan kepada kita  “sense of belonging” iaitu merasai ‘keanggotaan’ dalam gerakan atau perjuangan sesuatu kumpulan. Matlamatnya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk mencapai Ustaziatul Alam. Untuk mencapai UA adalah satu kepastian yang semua umat Islam perlu yakini dan percaya. Persoalannya, APA USAHA KITA? Atau setakat mana usaha yang kita buat untuk menjadi salah satu titik-titik Individu Muslim dalam menaiki tangga-tangga Maratib Amal?

(copy dari dzulkhairi.blogspot)

Mungkin banyak ciri-ciri Qaedah Sulbah yang boleh kita perincikan. Tapi, bagaimana pula kita boleh melatih diri kita untuk menjadi Qaidah Sulbah?

Adakah kita sedia dilatih dengan latihan pemikiran yang lasak?

Bersediakah kita untuk bergaul dengan think-tank yang cara pemikiran mereka mungkin luar dari kebiasaan?

BERANIKAH KITA MELAKUKAN PERUBAHAN?

Sanggupkah kita korbankan masa untuk membaca buku-buku agama atau kitab dan berdiskusi dengan orang bermaklumat?

Beranikah kita untuk mengkritik dan memecahkan tradisi?

Persoalan-persoalan ini hanya kita sahaja yang boleh menjawab dalam kata kita mahu menjadi seorang murabbi kepada mutarabbinya..

Paling penting, dimana NILAI KITA DALAM JALAN ISLAM..?





p/s: Dalam banyak-banyak pengisian kat Ireland, aku kene buat tajuk QS ni. Bukan nak mengeluh atau nak kata tak layak. Cuma takut sangat kalau apa yang aku dapat tak sama dengan apa yang mereka nak sampaikan.. :(


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

1 comments:

akhi nawawi said...

mantap. mabruk. semoga thabat atas jalan ini...