Hidayah

Rasa rindu nak menaip. Tapi tak tahu perasaan takut apakah yang menghalang aku selama ini?

Takut akhawat-akhawat baca dan mengganggap kau masih dengan jahiliah lama?

Takut apa yang kau taip tak mendatangkan manfaat pada orang lain? malah mendatangkan dosa.. nauzubillah.

Cuba percaya diri. Sampaikan dengan seikhlas mungkin. Dengan harapan orang yang membaca mendapat 'sedikit' kesan, dan paling tidak pon membantu kau yang mungkin dah tersimpang tapi berlagak lurus!

Petang tadi sempat mengerling buku usrah seorang sahabat. Tertulis di dalamnya.. "Hidayah itu bukan semua orang dapat, tapi bagi sesiapa yang dapat ke mana hidayah itu disalurkan?"

Tahu apa itu Dakwah Fardiyah? Bagi yang tahu sila ketuk kepala sekarang!

Sangat la ouchhhh!!

Nak kata tak paham dah paham dah. Tapi gerak kerjanya macam mana? Allah Allah Allah..

Siapa nak sedekahkan aku cermin??

Bagi aku reflex diri kat level mana aku sekarang. Personaliti aku sekarang sesuai tak dengan gelaran da'ie tu??

Bila kau belajar kat sini,ye kat Mesir ni kau akan susah nak cari orang MALAYSIA yang jahat. Semua nak baik-baik belaka. Agama? Semua kebanyakkannya berebut-rebut nak kejar fastabiqul khairat.

Kalau la selama ni aku tak siqah (percaya) dan sedar dengan tanggungjawab aku dan tanggungjawab KITA kat muka bumi ni, mungkin tugas dakwah ni aku biarkan sahaja orang lain buat. Hakikatnya, Islam tak akan rugi apa-apa kalau aku tak 'gerak'. Yang bakal rugi itu aku!

Bila muhasabah diri balik, kenapa Allah masih meletakkan aku di jalan ni??
Sedangkan ramai lagi hambaNya yang izzah pada agama dan patuh pada perintahNya.

Tak cukupkah dengan hidayah yang Allah beri untuk aku dapatkan redaNya?

Hidayah itu milik Allah,tapi dah sampai pada seorang budak perempuan mulut 'debater' yang hidupnya dulu hanya belajar untuk menjadi seorang doktor dan menjadi sahabat yang menceriakan sahabat yang lain.

Hidupnya dulu seorang pelajar otai yang anti-badar dan tak suka pada peraturan asrama. Benci budak skema dan benci budak 'lembik'.

Dengan hidayahNya, budak perempuan itu mula tahu erti hidup Islam yang mengajar dirinya erti sabar, berlapang dada dan BERUKHUWAH!

Doa.Doa.Doa!! Semoga Allah tak palingkan aku dari nikmatnya.. aminn.



p/s: Aku masih mempunyai masalah hati.. :'( Wahai pemberi cinta pemilik hati, Kau jagalah hatiku padanya agar tak berpaling daripada cintaMu.







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

HAMBEK KO LAILY!!

Dia lebih gemar bercakap tentang keindahan hidayah yang dia dapat berbanding membantu orang lain mencari hidayah.

Dia dapat nikmat tarbiyah, nikmat kesedaran kewajipan berdakwah, tapi dia dustakan nikmat itu. Dia berlengah lengah, dia mengambil rukhsah. Dia enggan berkorban masa tenaga dan harta.

"Facebook kan sudah cukup? Blogging? Jihad internet tahu?"

Dia puaskan hatinya dengan alasan sebegitu. Syaitan juga tertawa sambil menghiasi futurnya.

Dia canangkan kepada dunia teori teori dakwah nya. Fikrahnya mungkin pekat, tapi amal? Tidak pernah terlihat.

Dia berpuas hati dengan usrahnya. Binaannya sudah melekat, fikrah semakin likat.
Dakwah fardhiyah yang satu ketika dahulu dia sangat zahirkan, akhirnya hanya menjadi bualan bualan dalam bulatan. Baginya, mutarabbi yang sudah ditangkap dan dibentuk tak perlu lagi didakwah fardhiyah. Tiba masa untuk hanya mewarisi fikrah.

Dia kadang kala giat beramal, memenuhi kemahuan mutabaal amal mingguan. Setiap hari yang baru dia berazam untuk menjadi sebaik baik hamba tuhan. Hatinya gembira bila lihat mutabaah amalnya terisi; qiam, jemaah, hafazan, tilawah, dhuha, riadah, sadaqah, saum, tafsir, bacaan, mathurat dan zikir.

Dia suka, namun terus menganugerahkan diri dengan imbalan maksiat. Dia kembali menonton drama drama dan filem, dia mendengar lagu lagu jahiliyah, tak lekang dengan games dan manga, dan semua itu kerana dia mahu menganugerahkan dirinya yang sudah petah mengisi mutabaah amal.

Ya, dia tutup amal amal ibadahnya dengan amal amal lagha.

Dia juga gemar bercerita fasal ukhuwah. Ukhuwah yang katanya teras kegemilangan. Ukhuwah yang tak terbeli dengan jutaan ringgit, ukhuwah yang mahal.

Taaruf baginya hanya bila di program program umum. Ketika itu hanya layanan kepada mereka yang ingin dikenali. Dia lupa urgensi taaruf dengan pakcik bas, dengan pakcik pengawal, adik penjual ikan, abang pasar raya. Dia lupa asas dakwah yang dibacanya di kitab kitab lama.

Dia daie, dia juga seorang manusia. Dia menangis, dia juga kadang kala ketawa.

Namun sebaik baik kita, adalah yang memberi manfaat kepada manusia.

Moga aku beramal. -Copy and paste-

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Apakah Aku Paham?


Satu pengisian yang hebat!

Syukurlah Allah masih memberi kami kekuatan untuk mengembara bumi Cork di siang hari dan duduk berkumpul pada malamnya untuk mendengar satu pengisian yang saya katakan tadi cukup hebat!

QAEDAH SULBAH

Dua patah perkataan yang seakan-akan baru pertama kali saya dengari. Mungkin selama ini pernah dengar, cuma hati ini tak cukup selami.. atau mungkin tahu ia satu kaedah yang diguna pakai pada zaman nabi, tapi x sedar apa signifikannya.

Qaedah Sulbah adalah satu elemen penting dalam jemaah. Dalam istilah lain ia bertindak sebagai prime mover, atau kumpulan elit atau think-tank. Sesebuah jamaah memerlukan kumpulan ini untuk melancarkan gerak kerja sesebuah gerakan sama ada gerakan Islam atau mana-mana gerakan sekalipun.

Malahan, Nabi Muhammad juga mempunyai core-group yang membantu baginda dalam melancarkan gerak kerja menyebarkan dan mempertahankan Islam.

Siapa yang tergolong dalam Qaedah Sulbah pada zaman nabi?

Mereka terdiri daripada 313 orang penduduk Mekah atau para sahabat yang terawal memeluk islam. Atau dengan kata lain, mereka yang merupakan antara 3 % daripada penduduk Mekah ketika itu. Islam mereka bukan sekadar islam pada nama, tapi islam mereka atas dasar aqidah yang kukuh.
Qaedah bermaksud pasak/dasar/kepimpinan. Sulbah pula bermaksud tulang belakang. Tulang belakang adalah tulang terpenting dalam tubuh badan manusia. Apabila tulang belakang bengkok atau rosak, maka ia memberi kesan yang kurang baik pada kesihatan. Maka, tulang belakang yang baik adalah paksi kekuatan.
Begitu juga kesimpulan kepada sesebuah gerakan. Gerakan tidak akan mampu menjadi energetik sekiranya mereka tidak memiliki kumpulan ‘tulang belakang’ yang berfungsi dalam rangka yang sebetulnya.
Mari kita belajar daripada sejarah yang pernah berlaku dalam Perang Hunain.

Perang Hunain berlaku antara Umat Islam dengan Kafir dari puak hawazin di Thaif. Umat Islam ketika itu terdiri daripada umat Islam Kota Madinah dan Kota Mekah yang baru masuk Islam selepas peristiwa Fathul Mekah. Peperangan ini melibatkan tentera Islam yang agak ramai iaitu 12,000 orang iaitu 10,000 dari umat Islam Madinah dan 2,000 umat Islam Makkah.  Pada zaman itu, tak pernah ada tentera sebesar itu di Tanah Arab.
Tapi, kekuatan jumlah mereka inilah yang menjadi penyebab kekalahan umat Islam pada peringkat awal. Mereka berasa selesa dengan kedudukan mereka dan menyebabkan mereka terlupa untuk mengatur strategi perang bagi mengalahkan tentera musyrikin.
Pada peringkat awal kekalahan itulah yang menyebabkan ramai di antara tentera Islam yang berniat untuk melarikan diri dari medan perang. Hal ini kerana para sahabat yang baru memeluk Islam selepas Fathul Mekah memiliki keimanan yang masih belum teguh. Dalam keadaan kelam kabut tu, Rasulullah melaungkan, “Hai Pembela Allah dan Nabi-Nya! Aku hamba Allah dan Nabi-Nya dan aku keturunan Abdul Mutalib!”. Laungan Rasulullah SAW tidak didengari dek kekalutan waktu itu. 

Lalu baginda meminta Saidina Abbas yang mempunyai suara yang lantang untuk melaungkan, “Hai Ansar yang menolong Nabi-Nya! Hai kaum yang membai’at Nabi di bawah pohon syurga! Kemana kamu akan pergi? Nabi berada di sini!” Saidina Abbas melaungkannya dengan berulang-ulang.

Mendengar laungan Saidina Abbas itu, sahabat-sahabat ini tersedar dan kembali kepada Rasulullah.  Mereka kembali untuk menyusun kembali barisan peperangan mereka, dan Alhamdulillah mereka telah berjaya mengalahkan pihak tentera kafir dalam masa yang singkat.

Persoalannya, siapa tiga golongan yang dipanggil oleh Rasulullah?

Meraka inilah lah golongan hard-core dalam Qaedah Sulbah iaitu:
  1. kaum kerabat nabi
  2. para sahabat dan
  3. kaum Ansar



Pengalaman dan pemilikan aqidah yang mantap telah menetapkan jiwa mereka untuk berjihad teguh dalam jalan Allah. Mereka ini lah yang telah ditarbiyahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w selama 13 tahun, dan mereka inilah yang telah melalui pengalaman diseksa teruk dan dipulaukan sebelum umat-umat yang lain. Sebab itu, tidak pelik mengapa mereka boleh kembali dalam barisan peperangan dan terus menentang musuh sehingga peroleh kemenangan.

Jadi, apa signifikannya Qaedah Sulbah untuk diaplikasikan pada umat zaman sekarang?

Qaedah Sulbah telah menekankan kepada kita  “sense of belonging” iaitu merasai ‘keanggotaan’ dalam gerakan atau perjuangan sesuatu kumpulan. Matlamatnya tidak lain dan tidak bukan ialah untuk mencapai Ustaziatul Alam. Untuk mencapai UA adalah satu kepastian yang semua umat Islam perlu yakini dan percaya. Persoalannya, APA USAHA KITA? Atau setakat mana usaha yang kita buat untuk menjadi salah satu titik-titik Individu Muslim dalam menaiki tangga-tangga Maratib Amal?

(copy dari dzulkhairi.blogspot)

Mungkin banyak ciri-ciri Qaedah Sulbah yang boleh kita perincikan. Tapi, bagaimana pula kita boleh melatih diri kita untuk menjadi Qaidah Sulbah?

Adakah kita sedia dilatih dengan latihan pemikiran yang lasak?

Bersediakah kita untuk bergaul dengan think-tank yang cara pemikiran mereka mungkin luar dari kebiasaan?

BERANIKAH KITA MELAKUKAN PERUBAHAN?

Sanggupkah kita korbankan masa untuk membaca buku-buku agama atau kitab dan berdiskusi dengan orang bermaklumat?

Beranikah kita untuk mengkritik dan memecahkan tradisi?

Persoalan-persoalan ini hanya kita sahaja yang boleh menjawab dalam kata kita mahu menjadi seorang murabbi kepada mutarabbinya..

Paling penting, dimana NILAI KITA DALAM JALAN ISLAM..?





p/s: Dalam banyak-banyak pengisian kat Ireland, aku kene buat tajuk QS ni. Bukan nak mengeluh atau nak kata tak layak. Cuma takut sangat kalau apa yang aku dapat tak sama dengan apa yang mereka nak sampaikan.. :(


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments