Lintasan Akal

Aku tertarik dengan kata-kata kawan aku..

"kadang-kadang manusia boleh menjadi terlalu mendesak untuk mengharapkan orang lain berubah sebab dia tak paham.. dia sendiri tak pernah mengalami ZAMAN JAHILIAH tu.. jadi dia tak pernah merasa betapa perit dan susahnya untuk berkorban dan berubah.."

Sebab tu, dalam konsep dakwah itu berseni dan berhikmah.. dakwah adalah suatu bentuk keperluan untuk masyarakat sekarang tapi bukan dalam bentuk RIGID. Sehinggakan masyarakat sendiri takut dengar word 'dakwah' tu dan terus menjauhkan diri...

Kita tak nak bila seseorang itu kononnya dah 'basah'.. tapi bila dia tertekan dia balik semula ke zaman kegelapannya.. Nauzubillah min zalik.

Maka, dengan itu timbulnya isu bertudung.. orang yang 'faham' dan 'buat-buat faham' selalu meletakkan kesalahan dan mempertikaikan mengenai fesyen atau gaya bertudung yang tidak mengikut syariat. Sedangkan, kita seharusnya bersyukur sebab sekurang-kurangnya dia ada kefahaman tentang keperluan bertudung daripada tak paham apa-apa.

Apa yang merumitkan keadaan bila golongan ini ditekan dan terus ditekan.. lebih kesian orang yang ditekan baru sahaja memulakan penghijrahan.

Kita tak mahu orang yang belum lagi bertudung terus mematikan niat untuk berubah sebab mereka nampak Islam ini sebagai satu yang memberatkan. Baru nak belajar pakai tudung tapi dah disuruh beli tudung labuh menutup dada..jangan jarang! jangan singkat! jangan lilit2! jangan pin cmni..cmtu..

Bagi aku, anologi untuk menghidupkan kembali jalan Islam ni ibarat kisah arnab dan kura-kura. Masing-masing perlu sampai ke 'garisan penamat'. Apa yang membezakan ialah penggerak itu sendiri lambat atau cepat. Tapi yang lebih penting dua-dua tetap INGIN meneruskan perlawanan dan akhirnya sampai. Sweetkan Islam?  Tak membebankan.. cuma kadang-kadang yang memberatkan ialah manusia.

Memang tiada istilah ber'TANGGUH' dalam Islam.. tapi dalam Islam tiada istilah 'BERLARI' once kita dah insaf... =) Malah dalam proses kita boleh berlari itu sendiri kita kena tahu merangkak, bertatih dan berjalan kan..

Kita nak orang yang kita nasihat (dakwah) ikut cakap (firman) Allah..bukan ikut kita. Sekurang-kurangnya bila kita terjatuh dia ada untuk paut tangan kita..bukan turut serta terjatuh..

p/s: peranan kita sekarang adalah menyokong usaha murni sahabat-sahabat dan adik-adik kita..bukan mengkondem dan memaksa!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

1 comments:

Nurul Idayu said...

best. seriusly agree with u!