CAMPUR-CAMPUR

Dalam hidup ini, ada suatu-suatu masa kita perlu menjadi seorang yang hanya melihat dengan mata kepala dan mata hati sahaja. Sebab kadang-kadang, kuasa tangan dan bicara kita tak mampu nak mengubah sesuatu keadaan sekalipun.


Setiap manusia dibesarkan dalam background dan suasana yang berbeza-beza. Ada anak yang dibesarkan dalam keadaan yang dimanjai, dan ada anak yang dibiarkan hidup berdikari. Sampai sekarang aku pelik kenapa isu anak bongsu yang dipelihara manja kononnya tu menjadi isu. 

Aku bagi contoh, abang sulung aku beza umurnya dengan aku 19 tahun (umurnya sekarang 36 tahun). Waktu dia lahir mak abah aku masih berdarah muda, baru belajar berumahtangga dan panas baran. Sebab itu dia dididik tegas dan setiap kemahuannya tidak dapat dipenuhi. Adakah kita boleh expect anak bongsu dididik dengan cara yang sama selepas hampir 20 tahun? Mestilah tidak. Sebab ibu bapa sudah tentu makin matang, sudah banyak makan asam garam dan mempunyai ekonomi yang lebih stabil. Malah, dah penat untuk bersikap garang dengan anak terakhir. Yang utama bagi mereka kini adalah beribadah. Jadi, adalah lumrah jika ibu bapa memberi perhatian yang lebih kepada anak bongsu selari dengan peningkatan usia mereka yang lebih bijak mengawal emosi.

Hal ini sama juga dengan anak yang dibesarkan dalam background kaya raya, sederhana mahupun kurang berada. Sudah tentu anak-anak yang dilahirkan dalam background yang berbeza ni mempunyai kelainan dalam pengadaptasian kehidupan dorang bila dah besar nanti. Mungkin kita pernah lihat anak daripada keluarga yang kaya boleh bebas berbelanja. Sedangkan anak daripada keluarga yang kurang berada berkira untuk mengeluarkan duit.

Babi aku, eh salah taip. Bagi aku, SEMUA INI ADALAH NORMAL! Bak kata 3 idiots, ALL IS WELL.

Mungkin kehidupan aku yang dari awal belajar di sekolah asrama mengajar aku mengenali ramai jenis orang.

Pengalaman menjadikan aku seorang yang kadang-kadang ibarat tunggul yang bermata dan bertelinga. Melihat tindak-tanduk dan mendengar setiap luahan rasa kawan-kawan. Mungkin kadang-kadang aku berdebat sekerat dua mahupun bersuara sekadar untuk menyedapkan hati mereka walaupun aku tahu butir bicaraku sedikit pun tak mampu mengubah nasib dorang.

Apa aku boleh buat dulu bila aku tengok ada f1 nanges tiap-tiap hari nak balik umah sebab homesick?
Adakah aku perlu bagitau dye, "hoi junior, apsal ko tak nak jadi macam aku yang gagah time f1 dulu? baru kena buli sikit dah nangis?? " Padahal dia tak pernah dizalimi dan hidup dalam kekerasan sebelum ni.

Apa aku boleh buat kalo ada seorang kawan yang hubungan dia dan abang dia renggang. Asal dia balik umah je gaduh dan kena maki. Sedangkan seorang lagi rakan mempunyai hubungan yang sangat baik dengan abangnya. Sampaikan aku ingat dia bersembang denga pakwe, rupanya dengan abang kandung sendiri. Apa aku boleh buat kalo ada pihak yang bercerita mengenai ibu bapanya yang bercerai sedangkan lagi satu pihak bangga bercerita mengenai kebahagiaan keluarga dia.

Apa aku nak boleh buat kalo aku ada kawan yang suka nangis bila ada masalah yang bagi aku bukan masalah besar? Adakah aku wajar terus mengelar dia macam budak kecik??

Apa aku nak buat kalo ada kawan kaki melaram sedangkan dia pakai la baju macam mana pon still nampak biasa. Adakah adil aku gelar dia syok sendiri??

(banyak lagi contoh aku malas nak taip)

Prinsip aku senang. Selagi manusia bernafas kat muka bumi ni, selagi tu dia masih mempunyai peluang dan hak untuk mengubah diri dia sendiri.

Kalau dia anak yang manja dan tak reti buat kerja, dia masih ada peluang dan hak untuk belajar berdikari.

Kalau dia seorang anak dari keluarga yang kurang berada, dia masih ada peluang dan hak untuk mengubah naseb keluarga dia.

Dan kalau dia seorang yang masih belum mengikuti syariat Islam secara menyeluruh, dia masih berpeluang dan hak untuk berubah dan bertaubat..

Kita juga adalah hamba dan makhluk Allah yang tak layak nak menghukum dan beranggapan negatif dekat orang lain..

Sebab hidup ini ibarat bola yang kejap kita duduk di atas dan bila-bila kita boleh tergolek ke bawah..

Iman iu sentiasa berbolak-balik dan kita tak layak nak perasan kita ni dan sempurna dan habis bagus..

Kadang-kadang orang tak dapat apa yang dia mahukan, tapi dia dapat apa yang dia tak mahu..

Allah dah menjanjikan segala yang terbaik untuk kita. Cuma kita yang perlu belajar, belajar dan belajar..



p/s: kadang-kadang diam itu lebih baik daripada aku bagi pendapat dan pendapat aku ditentang..malah menimbulkan pergaduhan dan mewujudkan jurang.biarlah orang nak panggil ko minah blur pon

kadang-kadang senyum itu lebih baik daripada ko terus memuji..sebih terlebih memuji orang akan ingat ko dengki


kadang-kadang baik ko menangis dalam hati je daripada ko difikir lemah oleh orang lain


Kan aku dah emo.
Suka hati aku la nak membebel dalam BLOG AKU!
haha
Lately aku kuat touching
nak pe'od ke hape??





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

2 comments:

Qid said...

best entry ever .
much love,
Qid yang comel.

nur eliana said...

nice entry sis..learned a lot~ =) thx