LASKAR IMTIHAN

Tidak ada perjuangan di dunia ini, kecuali harus disertai dengan pengorbanan. Demi fikrah kita, janganlah engkau mempersempitkan pengorbanan, kerana sungguh ia memiliki balasan yang agung dan pahala yang indah.

-Imam Hasan Al-Banna-

Sudah lama rasanya blog ini terkulai layu, tandus daripada benih-benih ilmu.

Kelapangan masa yang diberi Allah bukan bermakna kita sebagai hamba-Nya perlu terus-terusan mengejar segala nikmat dunia (peperiksaan) semata-mata. Tetapi kelapangan yang diberi sebenarnya adalah medan untuk Allah menguji kita sama ada masih rindukah kita kepada-Nya..masihkan ingatkah kita kepada-Nya tatkala kita masing-masing sibuk mengejar gred "MUMTAZ", iaitu satu 'gred' yang mana miliknya juga adalah milik Allah.

Hatiku betul-betul terkesan setelah menghadiri satu program pada malam kemarin. Alhamdulillah, majlis itu menyedarkan aku bahawa kejayaan dalam peperiksaan itu bukanlah kejayaan hakiki. Peperiksaan sebenarnya adalah madrasah terbaik untuk dekatkan diri dengan Allah. Seperti mana yang kita tahu, Allah adalah pemilik segala kejayaan, maka Allah adalah motivasi yang terbaik untuk kita semua disaat ni. Tetapi berapa ramai di antara kita yang benar-benar menggunakan nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam itu untuk mengejar ganjaran tersebut.??

Kita mahukan Allah mengabulkan setiap doa kita, tetapi pernahkah kita BERKORBAN membantu ke jalan Allah??

Kita mahukan Allah memberi kejayaan yang cepat kepada kita, tapi adakah kita seorang yang solat di awal waktu?? (azan dah berkumandang tapi kita masih sakan membaca buku)

Cukupkah solat hajat, solat tahajud dan solat jemaah yang kita kerjakan untuk setanding dengan kurniaan yang bakal Allah berikan nanti??

Kegagalanku di masa lalu benar-benar membuatkan aku insaf. Kejayaan sebenarnya adalah daripada Allah..segala usaha yang kita lakukan adalah asbabnya sahaja. Sebab itu kadang-kadang manusia silap, mereka penat berusaha sehingga hilang kebergantungan kepada Allah. Mereka bergantung hanya pada usaha (kononya dah work hard), tapi tidak bertawakal, tidak yakin dengan pertolongan Allah.

Oleh itu rakan-rakan, marilah kita mentajdid niat. Ingat semula hadas kita diciptakan, iaitu hidup untuk beribadah dan mengejar mardhatillah. Insyallah, setiap kejayaan yang Allah beri nanti adalah dengan redha-Nya.

Video ini telah membuatkan saya terpanggil untuk share dengan anda semua. Hadam la dengan mata hati..selamat menonton!



"Pengorbanan itu adalah kunci kehidupan adalah sumber kekuatan..dan orang yang tidak berkorban tidak akan mengerti apa erti kehidupan."

"Pengorbanan adalah pengorbanan jiwa, harta, waktu, kehidupan dan segala sesuatu yang dipunyai oleh seseorang untuk mencapai matlamat."


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: