Kita Dah Tak Cukup Masa

Haritu abis kelas dalam pkul 3.30 petang. Balik uni terus pegi umah kawan buat notes. Dalam pukul 4.30 petang balik umah sendiri kemas-kemas barang sebab nak tido umah senior.Ada program qiamulail dan RnR kat rumah senior aku.


Malam tu  lepas iftar kitorang tengok muvie Kung Fu Panda. Siapa tahu filem katun sebegitu pon banyak moral dan pengajaran jika  kita lihat menggunakan mata hati.Apa yang aku dapat termasuklah kita kena obsess terhadap Islam, barulah kita ada perasaan bertanggungjawab untk DNT (dakwah dan tarbiyah). Kalo aku ada masa aku share dengan korang =)


Ikutkan memang penat.Tido pukul 11.30 malam, 2.30 pagi dah bagun.Tapi senior aku cakap umat islam sekarang dah xde masa!! Aku dengar pon takut. Tapi perkara tu memang betul pon. Umat Islam sedang jatuh. Pengharapan untuk bangkitkan Islam tu memang terletak kepada kita generasi pelapis. Jadi, sebarang pekerjaan yang kita lakukan ke arah kebaikan memang x boleh tangguh. TAK LENGKAP HIDUP AKU JIKA APA YANG AKU KEJAR HANYA LAH KEJAYAAN DUNIA!! Aku pulun lah belajar medic sampai ke titisan darah yang terakhir pon tapi hati aku kosong tetap  x guna. Sesiapa yang bantu ke jalan Allah, Allah akan mempermudahkan jalannya.


Sekarang, aku tak nak berkira dengan Allah. Penat lelah yang bakal aku tanggung adalah suratan takdir darinya. Dah tertulis aku dihidupkan untuk menjadi pelajar medic. Toksah dok mengeluh la kalo letih sikit. Kelapangan yang aku peroleh pula adalah rezeki darinya. Zaman remaja macam ni lah peluang untuk menambah pahala sebanyak mungkin. Ajal maut pula x tahu panjang mana. Kita nak Allah beri kejayaan yang cepat tapi solat pon lewat waktu..Camne??




Aku taw aku seolah x layak
nak membicarakan soal ni
tapi tolong beri aku peluang
at least di medium aku sendiri



K la. Nak sidai baju. Ntah dah bercendawan apa baju2 aku tu haha!


Jap. Kalo anda adalah saudara **** dan masih aktif membaca blog saya, saya nasihatkan awak berhentilah memainkan perasaan wanita di luar sana. Mungkin mereka nampak seperti lemah dengan ayat dan janji manis awak tu.Tapi saya ingatkan wanita zaman sekarang dah boleh berfikir bijak. Mungkin mereka pon sedang memainkan perasaan awak tanpa awak sedari. Sila la percaya pada hukum karma. Takut-takut keturunan yang bakal awak lahirkan nanti rupanya rosak disebabkan perangai huduh awak tu. Berubah la. Jangan terlalu ego disebabkan dendam kesumat atau peristiwa lampau. Semoga awak meninggal nanti pon dengan aman..Saya bahagia je dengan ijat..Jeles la.Jeles la =P

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: