Tips Menghadapi Musim Panas

Sebenarnya aku ditugaskan mem'post' entry yang berbentuk motivasi dalam blog batch aku. Memandangkan aku x dapat lagi email and passwordnya dan tahap kemalasan melampau nak buat kat microsoft word, so aku tumpang blog aku dulu. Boley ye vlog cayang..?? yucckss!


Sumpah aku x pernah tanya pak cik google pasal motivasi-motivasi ni. Bosan kot.-__________-". Aku rasa dah dua jam aku bersama pak cik google. Sangat penat.


Setakat pengetahuan ilmu Geografi tingkatan 3, waktu siang pada musim panas menjadi lebih panjang jika dibandingkan dengan waktu malam. Memandangkan musim panas bakal menjenguk bumi Mesir tidak lama lagi, bersedialah untuk menghadapi langit terang benderang seawal 6 pagi dan malam suram sekitar 8 malam huhu.


Berikut beberapa tips yang boleh korang ambil ikhtibar dan pengajaran =)


1) BANYAKKAN MINUM AIR MINERAL


Panduan ni memang wajib dijadikan keutamaan. Akibat panas terik, air dalam badan kita akan cepat terhidrasi melalui perpeluhan. Jadi, cara paling mudah untuk gantikan air dalam badan adalah dengan minum lebih banyak air. Selain menurunkan selera makan dan rasa lapar, air jugak dapat membantu mengurangkan risiko artritis, epilepsi, asma, TB, meningitis, sakit kepala, masalah buah pinggang, sakit jantung, gastrik, cirit-birit, batuk, cancer dll. (see x yah nak bazir duet beli ubat bagai. Kalo dapat mengelakkan sun burn lagi bagus)






2) KURANGKAN PENDEDAHAN TERIK MATAHARI 


Seperti yang kita semua tahu, radiasi sinaran ultraviolet (UV) daripada matahari adalah punca utama kanser kulit. Oleh itu, kurangkan aktiviti outdoor ketika panas terik. Duduk diam-diam je dalam rumah. Selain mengelakkan demam, juga menghindarkan kita daripada bau busuk akibat ketiak basah. Kalau nak jogging ke, riadah ke, mulakan bila hari sudah redup sedikit. Perkara ni jugak boleh elakkan kita daripada heat stroke dan pitam akibat panas terik. 






3) PAKAI PAYUNG, SUNGLASS ATAU TOPI


Perlindungan perlu dibuat sedari awal demi mencegah kanser kulit dan kerosakan mata di kemudian hari. Elakkan diri dari terdedah kepada cahaya matahari pada waktu siang. Pakaian pelindung seperti topi dan baju berlengan panjang boleh menghalang sinaran matahari yang memudaratkan terus (direct) ke kulit. Pendedahan kepada sinaran ultraungu daripada cahaya matahari secara berpanjangan juga boleh menyebabkan katarak. Walaupun sinaran UV bersifat lut sinar atau tidak nampak dengan mata kasar, ia boleh menyebabkan kerosakan pada beberapa bahagian mata. Jadi, gunakan sunglass untuk memelihata mata korang. Yang ada sunglass mahal-mahal tu, time ni la nak bergaya u all...(^^,)


OMG! OMG! i want this!


4) SUNBLOCK vs SUNSCREEN


Daripada search yang pak cik google buat, ada beza rupanya sunblock dan sunscreen. Kalau nak memilih losyen tu, korang disarankan untuk memilih losyen yang berperanan sebagai Sunblock bukan sunscreen. Sebab sunblock akan melindungi kulit korang secara menyeluruh dan lebih tahan lama berbanding sunscreen. Sunblock juga akan melindungi kulit korang daripada sinaran UVA dan UVB sedangkan sunscreen hanya melindungi kulit daripada UVB. Jadi untuk mengelakkan kekeliruan macam mana nak bezakan sunblock atau sunscreen, tanya ahli farmasi atau pak cik google saje!!




Di pasaran sekarang, aku rasa dah banyak sangat krim atau losyen pelindung sinaran UV dengan kandungan SPF yang tersendiri. SPF stands for SUN PROTECTION FACTOR. Semakin tinggi kandungan SPF yang korang gunakan, bermakna semakin kurang risiko korang terkena sunburn. Tapi, hati-hati dengan penggunaan SPF. Sebab ada sesetengah SPF yang didapati mampu menyebabkan kulit semakin menipis. Makin parah la jawabnya. 


5) MANDI

Kalau dah tak tahan tu, pergilah mandi seberapa kerap yang boleh. Kalo sebelum ni, sehari sekali, boleh lah up menjadi 2 kali sehari, tak pun 4 ke 5 kali. Kalo tak tahan lagi, bunuh je diri dengan terjun dekat laut Alexandria ni haa. Untuk kesan yang lebih nikmat, lepas mandi jemur diri anda di bawah kipas dengan kelajuan 5. Yang takde kipas, kumpul-kumpul la duet rumah beli kipas diri.


Itu sahaja yang dapat aku share. Ikut hati, musim panas ni aku nak tido je. Boleh hilang segala stress akibat panas melampau. Tapi aku sarankan baik jangan ikut cara ni memandangkan kita ada exam end of module.


Bawah ni pula adalah tips bagun subuh awal untuk musim panas:

1. Berniat dengan azam yang tinggi untuk bangun solat Subuh esok pagi. Solat subuh memang senang, hanya 2 rakaat, tetapi untuk melaksanakan solat subuh yang bekualiti, bangun dalam keadaan yang segar tanpa mengantuk dan menjadikannya satu habit yang konsisten bukanlah satu perkara yang mudah. Ada juga sebahagian yang menulis nota, “Aku akan bangun subuh pukul 4 esok” dan mendapati dirinya bangun tepat pada pukul 4 pagi.
2. Solat Isyak sebaik sahaja masuk waktu dan jangan melengah-lengahkannya. Sesiapa yang ada masalah untuk bangun subuh selalunya turut mengalami masalah untuk menunaikan solat Isyak.
3. Berwuduk sebelum tidur. Pastikan anda telah menunaikan solat Isyak dan witir sebelum tidur. Melakukan amalan sunat sebelum tidur membantu menguatkan keazaman untuk bangun subuh. Berdoalah memohon kepada Allah supaya senang bangun subuh.
4. Elakkan makan dan minum sebelum tidur. Perut yang kenyang hanya membuat kita kerap ke tandas dan kurang kekerapannya ke sejadah!
5. Kunci jam dan letakkannya dalam bilik air. Pilih nada dering yang mampu mengganggu tidur anda. Cara ini mampu memaksa anda ke bilik air dan alang-alang sudah berada di sana bolehlah anda mengambil wuduk seterusnya menunaikan solat subuh tanpa bertangguh lagi.
6. Seeloknya bangun sebelum subuh dan tidak tidur selepasnya. Solat Subuh adalah satu perkara yang amat penting sebagai permulaan hari anda. Bangun sebelum subuh adalah lebih baik, anda boleh melaksanakan solat tahajud, zikir dan membaca Quran dengan tenang dan tertib. Masa selepas subuh boleh digunakan untuk menghafaz Quran dan mengulangkaji pelajaran. Berzikirlah hingga waktu syuruk, solat Dhuha dan mulakan hari anda dengan amalan yang mendapat redha Allah, bukan kebencianNya.
Selamat mencuba!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

2 comments:

:) said...

hahahaha.lely.zhah shud write bout this topic for pcionline.ahaha.copy lely pya sikit.part last amek mana?

laily shafariza labai said...

Allah..laily lupa la ziha oii hehe