Soalan Bocor

Entry kali ni sekadar perkongsian.
Maaf dah lama x update kerana kekangan masa.
Weyh! aku x cite pengalaman jadi pengapit lagi  =)
jeng jeng jeng

Nanti la.
Menyampaikan ilmu Allah lagi penting.
Kakak usrah kata, kalo kita beri ruang untuk bantu jalan Allah,
Allah permudahkan jalan kita.

Aku amek surah Al-Ma'arij ayat 28.

"sesungguhnya terhadap azab Tuhan mereka, tidak ada seseorang yang merasa aman (dari kedatangannya)"

Ayat ini seolah-olah memberitahu kita sebagai hamba kita tak boleh berasa selesa.
Ringkasnya, x boleh merasa diri tu dah cukup bagus.
Aku tertarik dengan ayat membe usrah aku.
"Siapa yang merasa dirinya bagus tu sebenarnya belum cukup bagus"

Selama kita bernafas dengan udara yang dipinjamkan oleh Allah ni, 
mesti kita ada banyak persoalan..
termasuklah aku.
Selama ni, aku fikir kenapa Allah x hidupkan aku di zaman nabi??
Kenapa aku perlu hidup dalam zaman yang penuh pancaroba ni..
Adakah itu dikira adil??
alahai..
JAHILNYA AKU!!

Sama juga dengan persoalan "kenapa Allah ciptakan syait0n??"
"kenapa ada syurga dan neraka??"

Usrah kali ni cukup bermakna buat aku =(
Kita boleh analogikan al-Quran itu sebagai soalan bocor.
Sebenarnya, kita dah lama dapat soalan bocor tu.
Yang penting, sama ada kita nak ataupun tidak 'mencari jalan' ataupun jawapan terhadap semua persoalan kita selama ni.

Dalam erti kata lain, dengan berpegang dengan al-Quran dan hadis,
kita kene 'melengkapkan diri kita' agar tidak mengikut bisikan syaitan dan nafsu kita.

Dalam hidup, bukan dengan berbuat baik sahaja kita dapat pahala,
tapi dengan melawan diri daripada melakukan kejahatan juga dapat pahala.

Benda yang aku bagi ni ringkas kan??
Sebab ringkas la orang amek mudah.
Jadi, biar kita saling mengingati.

Aku tersentap dengan pengisian yang terakhir.
Mengenai percintaan sebelum berkahwin.
Aku akui, bab tu paling berat bagi aku.
Aku ulang.. BERAT. BERAT. BERAT!!
Semoga Allah permudah segala urusan.
Slow- slow laily.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

1 comments:

nuraisyah zamshari said...

laily..semoga Allah kuatkan iman..