Seribu Erti Laut Mediterranean

Hari ni berpeluang pegi jalan-jalan di tepi laut mediterranean. Mungkin agak pelik. Walaupun rumah aku betul-betul berhadapan laut, tapi aku jarang berjalan kaki sepanjang laut tersebut. Jogging jangan tanya la -_-"


Sangat la tenangnya. Aku rasa sangat bebal otak bila terkurung sepanjang hari dalam rumah seperti sapu tangan yang lembap setelah digunakan (xde kaitan) -_-" again..




Cantik kan? dari rumah aku yang tingkat 7 pon bley nampak dasar laut.

Walaupon tempat 'nice' untuk jogging.. tapi aku x berapa tertarik untuknya huhu


Terima kasih laut. Di situ lah tempat aku dan membe-membe aku meluahkan perasaan. Tempat yang buat aku banyak berfikir. Misalnya,'kalo kita nak orang faham kita, kita kenalah belajar memahami orang'. Barulah dunia dikatakan adil kan.


Sepanjang 19 tahun hidup, aku banyak belajar dari pengalaman. Buka senang kita nak terima sikap dan kelakuan orang lain dalam masa terdekat. Proses menyenangi seseorang itu mengambail masa yang sangat panjang. Percayalah..


Aku mengaku. Aku boleh terima perangai kesemua ahli dorm aku kat jenan dulu setelah aku hidup dengan diorang lima tahun. Lama kan? Aku dengan best fwens aku yang sekarang pon amek masa yang lama untuk kenal hati dan perangai masing-masing. So, bersabar lah..


Petang tadi buat aku terfikir. Berapa ramai orang yang melalui pejalan kaki tersebut sambil berfikir mengenai kehebatan panglima islam Salahuddin Al-Ayubbi?? Memandangkan dari tempat pejalan kaki tu kita dah boleh nampak kubu pertahanannya.


Salahuddin Al-Ayubbi


Berikut sedikit fakta mengenai Salahuddin..


  • Selain sebagai panglima perang,beliau adalah pendakwah, mujahid dan tokoh pemimpin Islam yang bukan daripada kalangan bangsa Arab.
  • Beliau sentiasa serius dan tidak pernah ketawa sepanjang hidupnya.
  • Hebatnya beliau kerana berjaya menyatukan umat islam yang berpecah belah kerana berlainan fahaman tentang syiah dan ahli sunnah waljamaah.
  • Beliau pernah meminta air minuman sehingga lima kali sehinnga hampir mati kehausan. Setelah diberi air, beliau tidak pula marah..penyabarnya Salahuddin.
  • Beliau lebih banyak duduk di khemah pahlawan berbanding tinggal bersama isterinya di istana.
  • Di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah.
  • Ketika mengepung Acre beliau hanya minum tanpa makan selepas dipaksa oleh doktor peribadinya. Beliau hanya makan beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga Isnin kerana tidak mahu perhatiannya dalam perang terganggu.
  • Beliau pernah menyamar dan membuang perasaan benci untuk merawat musuhnya sendiri Richard the Lion of Raja England.
  • Walaupun tentera Salib menyembelih orang-orang Islam termasuk wanita dan kanak-kanak semasa menawan Baitulmuqaddis pada tahun 1099, beliau memberi jaminan keselamatan perjalanan dan nyawa kepada semua masyarakat kristian.



Betapa hati marah dan sedih bila tahu makam Salahuddin beberapa kali dipijak oleh orang-orang yang memusuhinya termasuklah perdana menteri Britain yang dulu =(.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: